Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Rentas Daerah Beli Emas, Dua Wanita Menangis Kena Kompaun

Fiza Kamarudin 30/05/2021 | 07:22 MYT

Dua wanita menangis sebaik sahaja kompaun sebanyak RM5,000 dikeluarkan terhadap mereka berhubung kesalahan merentas daerah.

Kedua-dua mereka yang datang dari Barat Daya melakukan rentas daerah ke Timur Laut bagi membeli emas di sebuah pusat beli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang, semalam (Sabtu).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, wanita berusia 23 dan 58 tahun itu dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, seorang lelaki dan wanita turut disiasat kerana menggunakan alasan tidak tahu komplek beli-belah ini terletak dalam daerah lain.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana PKP sudah lebih setahun dikuatkuasakan dan orang ramai sepatutnya menjalani kehidupan norma baharu dengan mengambil tahu sempadan daerah masing-masing,” katanya seperti dilapokan Kosmo Online.

Operasi berkenaan turut disertai wakil Kementerian Kesihatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan beberapa agensi berkaitan.

Mengulas mengenai tinjauan itu, Soffian berkata, hampir kesemua pekerja dan penggunjung didapati mematuhi SOP ditetapkan.

“Sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan rentas daerah sebanyak dua, tidak memakai pelitup muka (satu) dan tidak mengimbas kod QR MySejahtera (enam),” katanya.

Dalam pada itu, Soffian berkata, sebanyak 95 kompaun berkaitan pematuhan SOP dikeluarkan pihaknya dalam tempoh sejak 10 Mei lalu sehingga semalam.

#Polis #Langgar SOP #Rentas Daerah #Menangis Kena Kompaun
;