Laman Utama
Rentas Negeri Berbulan Madu, Pasangan Instafamous Dipenjara Sehari & Denda ...
Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana 'honeymoon' dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.
“Pasangan ini membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.
Sumber: Sinar Harian, Bernama, Malaysia Gazette
Must-Watch Video