Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Rentas Negeri Ke Nilai 3 Beli Karpet, Neelofa & Suami Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Fiza Kamarudin 19/05/2021 | 13:13 MYT
Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka akan didakwa di mahkamah di sini, esok berkaitan ingkar prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum ini.
Menurut sumber mahkamah, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.
"Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).
"Pendakwaan dijangka pada 9 pagi," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.
Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular dan suaminya yang juga pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.
Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.
#Mahkamah #Polis #Neelofa rentas negeri
;