Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.
Hasil daripada penelitian berkenaan kerajaan akhirnya mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini:
Perincian SOP itu adalah seperti berikut:
1. Takbir Raya
• Takbir Raya di masjid atau surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
Namun begitu, bagi kawasan PKPD, tidak dibenarkan.
• Bagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan.
• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya dibenarkan berlangsung di masjid atau surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
2. Solat Sunat Hari Raya
• Solat sunat hari raya di masjid atau surau tidak dibenarkan di kawasan PKPD.
• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas solat hari raya di masjid atau surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, samuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid atau surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
3. Ziarah Hari Raya
• Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satusatu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.
4. Ziarah Kubur
• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot atau petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.
• Bagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
• Bagi kawasan PKPD, sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.
• Penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.
Awani
Tue May 04 2021
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.