Rentetan Isu Pukul Ibu Gigi Hadid, Pasangan Zayn & Gigi Memutuskan Untuk Berpisah...
Izwan Isa
29/10/2021 12:20 MYT
29/10/2021 12:20 MYT
Pasangan sejoli, penyanyi Zayn Malik dan model Gigi Hadid mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Hal tersebut disahkan menerusi laporan portal People.
Perkhabaran mengejutkan ini tercetus tidak berapa lama selepas ibu Gigi, Yolanda Hadid mempertimbangkan ingin membuat laporan polis terhadap Zayn kerana dia mendakwa penyanyi itu menyerangnya minggu lalu.
“Mereka tidak lagi bersama tetapi masing-masing menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ibu dan bapa. Mereka sama-sama menjaga anak mereka.
“Sudah tentu Yolanda ingin melindungi Gigi. Dia mahukan yang terbaik buat anak dan cucunya,” ujar sumber kepada People.
Sementara itu, wakil Gigi pula berkata: “Gigi sedang memberi fokus terhadap anaknya, Khai. Dia meminta lebih privasi buat masa ini,” ujarnya.
Zayn memuat naik kenyataan di akaun Twitternya pada Khamis berikutan laporan TMZ berkenaan Yolanda.
Ujar Zayn, hal tersebut (serangan) adalah bersifat peribadi dan seharusnya ia tidak perlu diperbesarkan sehingga menjadi bahan bualan ramai orang.
Terdahulu, TMZ melaporkan Yolanda mengakui diserang oleh Zayn sekitar minggu lalu. Bagaimanapun, Zayn menegaskan tuduhan tersebut tidak benar.
Zayn dan Gigi dikatakan mula berpacaran selepas mereka dilihat mesra pada majlis afterparty American Music Awards 2015.
Sungguhpun menidakkan gosip yang mengatakan mereka sedang bercinta, Gigi bagaimanapun dilihat membintangi klip video Pillow Talk nyanyian Zayn setahun kemudian.
Pasangan itu menimang seorang cahaya mata perempuan, Khai yang kini berusia setahun satu bulan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.