"Repeat 10 Kali Tengok!" Netizen Terhibur Lihat Hairul Azreen Menari Lagu Temberang!

Asraf Aided
Januari 13, 2019 07:53 MYT
Pelakon popular, Hairul Azreen berkongsi video yang dirakam ketika dia menari lagu Temberang di pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) Jumaat lalu.
Hairul yang menari bersama ahli kumpulan Bocey itu telah mencuit hati ramai netizen di perkongsian yang dibuat menerusi entri di Instagramnya (IG) semalam.
"Video viral, Ayda Jebat feat Hairul Azreen & Bocey.
"Good luck untuk final #Bocey," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka sangat terhibur melihat gelagat Hairul bersama kumpulan Bocey pada malam itu dan turut mendoakan kejayaan Bocey di pentas akhir.
"Seriously memang best korang last night! 10 kali ulang tengok 10 kali lah gelak.
"Terbaik lah korang semalam, pecah perut.
"Comel je semua," tulis netizen.
Lagu Temberang yang dipopularkan oleh Ayda Jebat itu kini telah mencecah 5.6 juta tontonan di YouTube selepas tiga minggu ditayangkan.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
#Hairul Azreen #MLM 2018