Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Report Kalau Jumpa” - Asyraf Aley Mohon Jangan Tertipu Akaun Palsu, Tak Pernah Main Tinder

Mya Amri
01/10/2023 02:49 MYT
Pelakon, Asyraf Aley meminta pengikutnya tidak terpedaya dengan kewujudan akaun Tinder palsu yang menyamar menggunakan nama dan gambarnya.

Menurut Asyraf, dia tidak pernah membuka akaun Tinder sebelum ini.

“Okay guys aku dah beberapa kali dapat benda ni tapi aku buat tak tahu. Tapi macam mana pun aku rasa macam dah banyak sangat pulak.

“Jadi saya perlu maklumkan kepada semua yang saya tidak pernah menggunakan aplikasi Tinder atau aplikasi cari jodoh yang lain, atau apa sahaja berkaitan.

“Jadi kepada yang ada Tinder sila report akaun ini kalau jumpa dan ignore. Terima kasih,” maklumnya menerusi ruangan IG Story.


Difahamkan, Asyraf mengetahui tentang perkara itu menerusi satu kiriman WhatsApp yang diterimanya.

“Ash, saya rasa ada seseorang telah menggunakan bio anda di Tinder. Rakan saya yang tunjukkan pada saya. Rasanya di Sabah atau Sarawak,”

Terdahulu, selain Asyraf antara artis lain yang pernah mengalami nasib sama tetapi di aplikasi yang berlainan adalah Zizan Razak (Facebook), Ellie Suriaty (TikTok), Wafariena (Facebook) dan ramai lagi.

#Akaun Palsu #Tinder #Asyraf Aley