HIBURAN

Reputasi Sebagai Penyanyi Terjejas, Nora Ariffin Dedah Kemelut Dengan Madu & Anak Tiri - “Tiada Permohonan Maaf…”

Asyikin Mayudin 26/02/2025 | 07:25 MYT
Kemelut antara penyanyi Datuk Nora Ariffin dengan isteri pertama suaminya, Dr. Rushdi dan anak tirinya semakin rumit disebabkan tiada jalan penyelesaian antara mereka.

Cuba berbaik

Menerusi kenyataan rasmi, Nora memberitahu dia dan suaminya sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai dengan pihak keluarga isteri pertama malah mereka sepatutnya melalui proses mediasi pada 2 Februari lalu namun ia tidak berlaku berikutan anak tirinya iaitu Alia tidak hadir.

“Dr. Rushdi telah memberikan nasihat, teguran dan beberapa kali cuba mengaturkan pertemuan antara pihak saya, Dr Rushdi, Puan Rose dan Alia (anak perempuan Dr. Rushdi dan Puan Rose).

“Pada 2.12.2024, melalui surat bertarikh 2.12.2024, pihak Dr. Rushdi dan saya telah menyerahkan surat bertarikh 2.12.2024 kepada Alia bagi jemputan untuk Mediasi.

“Mediasi tersebut ditetapkan untuk menyelesaikan apa-apa masalah, dengan cara terhormat. Namun Alia tidak hadir dan tidak mengendahkan Mediasi yang ditetapkan,” kongsinya.

Reputasi terjejas

Dalam kenyataan itu juga, Nora turut mendakwa penyataan yang dikongsikan oleh Alia di media sosial telah menjatuhkan reputasi selain menjejaskan promosi serta perjualan tiket konsertnya pada 18 Disember tahun lalu.

“Sejak tahun 2019 pelbagai pernyataan telah dimuat naik oleh Alia di media sosial berkenaan saya yang mana telah benar-benar menjatuhkan reputasi saya dan membangkitkan kebencian masyarakat terhadap saya.

“Terdapat pernyataan-pernyataan yang diterbitkan oleh Alia dimuat naik sebelum konsert saya yang ditetapkan pada 18.12.2024. Kesannya ia telah menjejaskan promosi konsert tersebut dan penjualan tiket konsert tersebut.

“Lanjutan itu, saya telah menerima pelbagai tohmahan tidak berasas dan kebencian yang melampau daripada masyarakat terhadap saya yang mana menjejaskan reputasi dan kerjaya saya sebagai sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industry ini semenjak tahun 1991 lagi,” ujarnya lagi.

Notis tuntutan

Dalam pada itu, Nora memberitahu pada 4 Februari tahun lalu, pihak penguam caranya iaitu Tetuan Sarah Ali & Co sudah menghantar notis tuntutan terhadap Alia dan antara tuntutannya seperti berikut;

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Bakal Cerai Kali Kedua, Mohon Maaf Pada Madu - “Saya Akan Penuhi Permintaan…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tua, Tak Perlu Emosi…” - Isu Perbalahan Keluarga Suami, Nora Ariffin Pilih Untuk Bersikap Lebih Matang

#1 Berhenti menyebarkan sebarang kenyataan fitnah atau memudaratkan serta-merta di mana-mana tapak web, media sosial atau platform lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Blogspot.

#2 Alih keluar sebarang kandungan berunsur fitnah yang telah disiarkan atau kongsi daripada semua laman web, media sosial dan platform yang anda kawal.

#3 Berjanji secara bertulis bahawa pihak Alia tidak akan membuat, menerbitkan, atau menyebarkan sebarang kenyataan fitnah tentang saya lagi di mana-mana platform, termasuk yang dinyatakan di atas.

#4 Hantarkan draf permohonan maaf awam kepada peguamcara saya dalam masa 48 jam untuk semakan kami. Setelah diluluskan, mesti menerbitkan permohonan maaf ini di tapak web dan platform media sosial anda selama sebulan.

Turunkan penyataan

Bagaimanapun, Nora memberitahu Alia hanya membalas notis tuntutan tersebut dengan hanya mahu menurunkan penyataan yang dibuat di meida sosial atas permintaan bapanya.

“Tiada permohonan maaf disampaikan dan pembayaran kompensasi dilaksanakan oleh pihak Alia. Balasan Alia amat menyedihkan berikutan saya telah lama mengalami banyak mudarat yang melampau dan kerugian akibat pernyataan-pernyataan yang diterbitkan oleh Alia tersebut.

“Namun begitu, saya pada 24.02.2025, saya merendahkan diri memohon maaf secara terbuka demi untuk berdamai dan berbaik dengan Puan Rose dan Alia,” ujarnya.

#Nora Ariffin #Madu #Anak Tiri #Suami Nora Ariffin #Dr Rushdi