Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Resepi daripada You Know Nothing About Cooking | Gempak Original

Muhammad Ridhwan Roslan
21/03/2024 07:42 MYT
You Know Nothing About Cooking adalah sebua series yang di host kan oleh Sherry Al Hadad yang tidak tahu masak, ingin belajar memasak dari ibu angkatnya, Datin Marlia Musa untuk di jamukan pada rakan-rakan selebriti popular. Korang nak tahu jadi ke tak Sherry ni masak? Kornag kena layan setiap episod tau. Sebab Sherry akan masak menu yang lain-lain untuk setiap episod. Mana tahu menu episod tu adalah menu favourite kan?

So sambil sambil korang tengok Sherry masak tu, apa kata kita tengok persiapan yang diperlukan untuk kita buat menu masakan dan juga bahan-bahan yang Sherry gunakan
Jom check it out!



Episod 1
Resepi : Laksa Asam

Dalam episod 1, Sherry akan bersama-sama dengan Ella untuk memasak Laksa Asam. Bahan bahan masakan adalah seperti di bawah beserta cara masakan. Korang boleh try and error tau!
Bahan-Bahan :
Ikan Kembung, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Cili Kering, Belacan, Asam Keping, Jus Nenas, Otak Udang, Gula Melaka, Salad, Timun, Cili Padi, Nenas, Bunga Kantan, Limau Kasturi, Telur.

Proses :
Ikan kembung direbus (simpan air rebusan) kemudian ceraikan isi ikan dengan tulang. Tulang ikan seterusnya di kisar dan di tapis (ambil airnya sahaja)

Bawang merah, bawang putih, halia - dikisar bersama dengan cili kering.

Masukkan bahan kisar kedalam air rebusan ikan, seterusnya masukkan belacan ,asam keping, air tulang ikan, isi ikan, jus nanas,otak udang dan gula melaka.

Mee Laksa di rebus dan tos.

Untuk hiasan : hirisan salad,timun, cili padi, nenas, bunga kantan, limau kasturi dan telur rebus.





Episod 2
Resepi : Nasi Ayam

Bahan-Bahan :

Seekor ayam, bawang putih,bawang merah,halia, daun bawang, daun sup, sup bunjut

mentega,ayam, cili merah, tomato, gula, garam, cuka, timun dan salad.

Bahan perapan ayam : bawang merah, kicap manis, kicap karamel. kicap cair, sesame oil, honey,

Proses :

Untuk sup : Tumis bawang putih, bawang merah, halia, selepas naik bau, masuk kan air, sup bunjut, daun bawang dan daun sup.

Untuk nasi : tumis nasi dengan mentega, kemudian masak nasi seperti biasa.

Utuk Ayam : Perap ayam beresama bawang merah, kicap manis, kicap karamel. kicap cair, sesame oil, honey, perap selama setengah sejam, kemudian digoreng.

Untuk sos cili : kisar cili merah dan tomato, kemudian masak bersama gula, garam dan cuka.

Di hidang kan bersama : timun, salad dan tomato.



Episod 3

Resepi : Nasi Lemak Hijau

Bahan-Bahan :

Beras basmathi, santan, pucuk manis, daun pandan, bawang merah,sotong kembang, belacan, cili kering, gula melaka, asam jawa,gula, garam, timun,telur, ikan bilis dan kacang tanah.

Proses :

Nasi : Basuh dan rendam beras dengan garam, untuk jadi kan beras lebih panjang. Kisar daun pandan dan pucuk manis, kemudian toskan.

Sukatan satu cawan beras bersamaan dengan satu setengah air yang di campur bersama santan pekat. Letak garam, letak air daun pandan dan pucuk manis. Masak nasi macam biasa.

Sambal sotong- cili kering, bawang merah (lebih kan bawang) dan belacan semua dikisar, kemudian tumis sehingga garing. Bila dah garing, masuk gula melaka dan air asam jawa. Sotong kembang potong dan celur dalam air panas, kemudian masuk dalam sambal. Masak sekejap, rasa kan dengan garam.

Untuk hiasan : Hirisan timun,telur rebus, kacang tanah goreng dan ikan bilis.


Episod 4
Resepi : Mee Hoon Goreng Kuah Singapore & Sirap Bandung Ala Suci

Bahan-Bahan :

Mee hoon, bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering, tauchu, daun kuchai, limau kasturi, kacang tumbuk, cili merah, tauhu, telur rebus. gula, garam, timun, minyak masak.

Proses :

Mee hoon goreng : rendam mee hoon untuk di lembutkan, kemudian kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, tauchu & udang kering kemudian tumis sehingga garing, masukkan gula dan garam sedikit. Bila dah garing, keluarkan separuh bahan tumisan kedalam mangkuk lain dan masukkan air untuk dibuat kuah. Sambung goreng lebihan tumisan yang didalam kuali,masukkan mee hoon ke dalam kuali, gaul rata, akhir sekalimasukkan daun kucai.

Tambah perahan air limau kasturi dalam kuah serta kacang tumbuk. Masa hidang boleh letak limau jugak.

Hiasan : tahu goreng, telur rebus, hirisan cili merah & Limau nipis

Untuk Sirap Bandung pula adalah seperti dibawah:

Bahan-Bahan Sirap Bandung ala Suci - Kordial sirap, susu segar, ice cream soda, ais batu.

Proses : Bancuh sirap dan susu segar, kemdian masukkan ais dan ice cream soda.




Episod 5
Resepi : Bubur Daging Tok Ne & Sum-Sum Gula Melaka

Bahan Bahan:
Daging lembu kisar, bawang merah, bawang putih, halia, jintan hitam (ditumbuk), jintan putih (ditumbuk), udang kering (dikisar), perasa, beras, air,santan,telur, cili merah,bawang goreng, gajus, kacang tanah besar dan garam

Proses :
cuci beras dan kemudian masakkan di dalam periuk bersama air yang banyak, letak kan garam sedikit. Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, selepas itu masuk kan jintan putih & hitam (ditumbuk) bila dah wangi, masukkan udang kering (di kisar) dan daging kisar, bila daging dah masak, masuk kan bahan tumisan ini ke dalam periuk bubur tadi. Kacau, warna bubur akan bertukar coklat. Kemudian tambah kacang tanah besar dan gajus. Siap untuk di hidangkan.

Untuk Hiasan: telur dadar, cili merah, dan bawang goreng.

Bahan Bahan sum-sum gula melaka :
Gula Melaka, Gula pasir,Tepung beras,Garam,Santan,Air Daun pandan
Untuk air gula : Masakkan gula melaka dan gula pasir dgn air.. masak sehingga gula melaka hancur. Letak daun pandan. Bila dah masak tapis dan sejukkan.

Untuk Sum sum :
Campur tepung beras dgn garam, Masukkan santan dan air ,kacau rata dulu,baru letak bahan tadi atas dapur. Kacau sampai masak dan jangan berketul



Episod 6

Resepi : Asam Pedas Ikan Jenahak & Ayam goreng Berempah

Bahan-Bahan:
Asam Pedas Ikan Jenahak : Ikan jenahak (tiga keping) satu badan dan kepala (dibelah dua), bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, kunyit hidup, belacan, serai, lengkuas,daun kesum, asam jawa, bende, gula dan garam

Proses:
Asam Pedas Ikan Jenahak : Kisar Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan. Panas kan minyak, tumis bahan kisar, masuk kan serai & lengkuas yang di tumbuk, tumis sampai garing, Masuk kan gula,garam dan air asam jawa. Bila mendidih, masuk daun kesum dan ikan. Setelah ikan masak, masuk kan bende.

Bahan- Bahan - Ayam Goreng Rempah:
Ayam, serai, halia, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, buah keras, garam. Perisa (stok ayam)

Proses ayam goreng rempah:
Kisar serai, halia, lengkuas, bawang putih,kunyit hidup, buah keras. Kemudian gaulkan bahan kisar bersama ayam, tambah garam, perasa stok ayam. Perap dalam 10-30 minit, kemudian goreng.




Episod 7

Resepi : Pulut Kuning & Rendang Ayam

Bahan-Bahan untuk pulut kuning
Pulut, serbuk kunyit, asam keping, daun pisang, santan, garam, gula

Proses : Rendam pulut dengan serbuk kunyit, asam keping. Selepas rendam, tos kan pulut, lapik kan pengukus dengan daun pisang, letak pulut, dan tutup atas pulut dengan daun pisang, kemudian lubang-lubang kan daun pisang tersebut. Kukus dalam masa 10 minit. Kemudian kita ambil santan dan campur kan dengan garam dan gula. Selepas 10 minit buka pengukus dan gaul kan pulut tu dan masuk kan santan, santan kena menetupi semua pulut. Kemudian masak lagi selama 10-20 minit.

Bahan rendang ayam:
ayam, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, cili padi, cili kering, kerisik, santan, gula merah, asam keping, garam, santan, daun kunyit dan minyak masak.

Proses:
Kisar kan bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup cili padi, cili kering, kemudian tumis sehingga hampir garing, seterusnya masuk kan ayam, kerisik, santan, gula merah, asam keping, gula, garam dan santan. Akhir sekali masuk kan hirisan daun kunyit.



Episod 8

Resepi : Soto Johor

Bahan-Bahan:
Ayam,nasi impit, bawang merah, bawang putih, sup bunjut, halia, rempah sup, rempah kurma, limau kasturi,serai, daun bawang, bawang goreng, taugeh, kentang, telur, cili padi, kicap manis,kunci, daun limau, cekur, gula dan garam.

Proses: Rebus nasi impit (segera) - setengah jam untuk rebus.

Rebus seekor ayam di dalam periuk,masukkan sup bunjut, bila ayam dah masak, angkat keluar ayam dan carik carik kan isi ayam. Tulang ayam masuk kan semula ke dalam air rubusan

Sup: Tumis bawang merah,bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serai. Bila dah garing, masuk kan dalam periuk air rebusan ayam, ikat daun bawang dan masuk kan dalam sup. Ambil bawak goreng, hancurkan dan masuk kedalam sup.

Begedil: Goreng kentang, masuk kan kentang ke pengisar, keluarkan dari pengisar, masukan bawang merah dan bawang putih(ditumbuk), garam, telur sebiji, bulat bulat kan begedil. Kemudian goreng.

Cili Kicap: Cili padi, bawang putih, dikisar, letak kicap manis, air asam limau, garam.





Episod 9

Resepi : Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Bahan-bahan Nasi Tomato:
Beras, garam, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan, tomato segar, tomato paste, minyak kelapa, susu cair, garam, gula, stok ayam dan bawang goreng.

Proses:
Sukat beras 3 pot, kemudian rendam dengan garam. Bawang merah, bawang putih dan halia, separuh di kisar dan separuh lagi di hiris nipis. Tumis bahan kisar dulu menggunakan minyak kelapa, kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas itu masukkan daun pandan, bila dah naik bau, masukkan tomato paste dan tomato segar yang dikisar. Seterusnya masuk kan bahan yang dihiris tadi, kemudian kita masuk 3 pot setengah air dan satu pot susu cair. Perasakan dengan garam dan stok ayam. Bila dah menggelegak, masuk kan beras dan tunggu hingga masak. Taburkan bawang goreng semasa di hidang kan.

Bahan-bahan Ayam Masak Merah:
Ayam, serbuk kunyit, garam, halia (ditumbuk), bawang merah, bawang puith, cili kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, tomato puree, tomato sos, buah keras & kacang peas.

Proses:
Perap ayam dengan serbuk kunyit, dan halia(ditumbuk) dan garam. Kemudian kisar bawang merah, bawang putih, halia, tumis bahan kisar ni dengan cili kering, seterusnya masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, tumis lagi, tambah tomato puree, bila dah naik bau, tambah sedikit air kedalam kuah, kalau masih kurang rasa masam tambah tomato sos, perasakan dengan garam. Ayam yang di perap tadi di goreng dan kemudian masuk kan ke dalam kuah. Tumbuk sedikit buah keras dan masuk kan kedalam kuah.




Episod 10
Resepi : Lontong & Kuah Lodeh

Bahan-bahan:
Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering, Udang Kering, daun salam, air putih, santan, Tauhu (dipotong 4 dan digoreng), tempe, kacang panjang, sengkuang, carrot, kobis bulat, suun, fuchuk & nasi impit.

Proses:
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering dan Udang Kering kemudian tumis sehingga garing, masuk kan sedikit air. Masuk kan daun salam, masuk kan sayur-sayuran, santan dan perasakan dengan garam.

Bahan Bahan sambal tumis:
Bawang merah, bawan kecil, belacan, cili kering & air asam jawa.

Proses:
Kisar Bawang merah, bawang kecil, belacan dan cili kering, kemudian tumis sehingga garing, dan masuk kan gula, garam, perasa dan air asam jawa.

Bahan- Bahan Jelly mix fruit cocktail:
Instant jelly ,fruit cocktail (dalam tin), Susu cair dan ais.

Proses:
Campurkan instant jelly dengann air panas dan biarkan sejuk. Selepas itu masuk dalam peti sejuk. Setelah jelly siap, masukkan fruit cocktail, jelly, susu & ais ke dalam mangkuk



Episod 11
Resepi : Roti Jala, Kari Daging & Teh Masala

Bahan-bahan Roti Jala:
Tepung gandum, telur, garam, kunyit serbuk, air, minyak dan daun pandan.

Proses:
Kisar tepung gandum, telur, garam dan kunyit serbuk. Tapis adunan, gunakan kuali yang nipis, letak minyak sedikit dan rata kan minyak dengan daun pandan yang diikat. Gunakan acuan roti jala untuk menjala roti di atas kuali.

Bahan-bahan kari daging:
Daging, bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, rempah tiga sekawan, rempah kari daging, kentang, air,santan, serai titik, garam dan gula

Proses:
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kemudian tambah cili kering dan rempah kari daging, masuk kan rempah tiga sekawan, bila pecah minyak, masuk kan daging, kentang dan air. Bila dah hampir masak, masukkan santan dan serai yang dititik.

Bahan-bahan teh masala:
Serbuk teh, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, jintan putih, jintan hitam, susu segar, gula, susu pekat dan susu cair.

Proses:
Rebus serbuk teh di dalam periuk, masuk kan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, jintan putih dan jintan hitam, masak hingga mendidih. Setelah mendidih, boleh masuk kan susu segar, gula, susu pekat dan susu cair. Kemudian tapis sebelum di hidang kan.


Haaa! So macam mana? Menjadi tak masakan korang macam Sherry masak? Kalau tak jadi, its ok! Korang boleh cuba lagi next time!

Jangan give up ok? Ataupun Korang boleh cuba masak menu yang lain yang min akan sediakan setiap hari selepas episod baru keluar! Jumpa di episod yang kedua!

;