Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

Resipi Asam Pedas Ayam

Muhammad Ridhwan Roslan 23/04/2025 | 11:49 MYT
Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
  2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.
  4. Tambahkan air secukupnya.
  5. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
  6. Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Nota:
  • Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.
  • Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya.
  • Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.
#Masakan Melayu #Lada Hitam #Ayam Pedas #asam jawa #asam pedas ayam #ayam berkuah #ayam berkuah pekat #ayam masak pedas #bunga kantan #cili kering #daun kesum #masakan berempah #masakan lauk pauk #masakan tradisional #resepi ayam #resepi kampung #resepi mudah