Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Resort Mewah Di Langkawi Ditutup Sementara, 16 Kakitangan Positif COVID-19

Amri Hassan
22/11/2021 14:53 MYT
Pusat penginapan lima bintang, The Datai Langkawi menutup sementara pengoperasiannya selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, hotel mewah itu dijangka menutup operasinya untuk tempoh 10 hari bermula hari ini.

Kenyataan itu berkata, kesemua mereka dikesan positif wabak itu ketika pihak pengurusan menjalankan ujian saringan secara berkala bagi memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan.

"Mereka telah disahkan positif telah diasingkan dan diarah kuarantin, manakala pembersihan dan sanitasi terperinci akan dilaksanakan di resort berkenaan," kata kenyatan itu pada Isnin.

Selain itu, The Datai Langkawi memberitahu, semua kontak rapat sehingga kepada kontrak peringkat menengah telah dikesan

"Kami juga telah melaksanakan ujian susulan ke atas ahli pasukan lain secara rawak.

"Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes-kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan resort segera mengaktifkan kuarantin.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur dan atas kewaspadaan serta keprihatinan terhadap kesejahteraan tetamu dan pekerja, kami terpaksa menutup pusat penginapan kami.

"Kami turut memohon maaf diatas kesulitan yang dialami tetamu.

"Bagi sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort memberitahu mereka menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh," jelas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut memaklumkan, semua tetamu yang terbabit akan dihubungi terus untuk pilihan alternatif.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Viral #Langkawi #Tutup #COVID-19 #Resort #The Datai
;