Berita

Reuben Terpikat Dengan Sikap Terus Terang Shenty

gempak
Syafiqah Jalal
30/01/2018
12:11 MYT
Sponsor Banner
Reuben Terpikat Dengan Sikap Terus Terang Shenty
Pelakon Indonesia, Reuben Elishama akui terpikat dengan sikap terus-terang Shenty Feliziana sejak mengenali wanita tersebut.
Reuben, 40, berkata dia sudah melihat warna sebenar diri Shenty ketika sama-sama menjalani penggambaran supertelemovie, Do[s]a.
“Pada mulanya kami sekadar berkawan biasa sama seperti pelakon lain tetapi lama-kelamaan, kami sering berbual dan dari situ timbul persefahaman.
“Sewaktu di set penggambaran pun, saya sudah lihat sikap sebenar Shenty. Kalau dia tidak suka sesuatu perkara, dia akan berterus terang.
"Dia juga begitu terbuka dan bersahaja menunjukkan perasaannya jika marah atau gembira,” katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun pada mulanya Reuben rasa sangsi dengan perasaannya kerana bimbang ia hanya cinta lokasi sahaja.
“Sebenarnya sewaktu bersama dia ketika penggambaran, saya sendiri tidak pasti tentang perasaan yang ada.
“Masa itu bimbang juga kalau ia sekadar perasaan biasa ketika bertemu di lokasi.
“Namun selepas seminggu tamat penggambaran, barulah saya sedar perasaan cinta dan sayang timbul terhadapnya dan yakin dialah orangnya," katanya lagi.
Reuben merupakan seorang duda yang mempunyai anak berusia 17 tahun.
Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 13 April ini.
Kedua-dua pelakon ini bakal muncul dalam Do[s]a di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live