Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Revalina S Temat Kongsi Tips Turun 20 Kg Selepas Bersalin

Syafiqah Jalal 16/01/2017 | 10:33 MYT
Pelakon popular sinetron Bawang Putih Bawang Merah iaitu Revalina S Temat akui berat badannya pernah mencecah sehingga 23 kilogram ketika hamil anak pertamanya pada tahun 2015.
Namun selepas melahirkan anaknya, Righa pada 20 Januari tahun lalu Revalina berkata dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 20 kilogram.
"Sebelum ini sebenarnya berat badan saya adalah 49 kilogram. Bila hamil pula berat badan saya naik mendadak sehingga ia mencecah 72 kilogram.
"Namun selepas melahirkan berat badan saya turun kepada 52 kilogram tetapi kini berat saya sudah naik sedikit dan kekal pula dengan berat 54 kilogram," katanya.
Revalina memberitahu bukan mudah untuk menurukan berat badannya selepas bersalin kerana dia masih menyusukan anaknya.
"Saya makan makanan yang disediakan oleh katering diet. Tetapi ketika itu saya masih menyusukan anak jadi saya tidak terlalu mengikut diet yang betul kerana saya perlu makan lebih banyak.
"Selain cuba diet, saya juga melakukan sukan Muay Thai seminggu dua kali kerana saya tidak suka jogging. Lagipun Muay Thai memaksa kita untuk menggerakan seluruh badan kita," katanya lagi.
Sumber: Kapan Lagi
#Revalina S Temat #Kurus Lepas Bersalin #Tips Kurus
;