Kurang seminggu saja lagi, filem animasi paling ditunggu-tunggu BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal ditayangkan di pawagam.

Bukan satu bukan dua, tapi ditayangkan serentak di lima buah negara. Hebat bukan?

Gempak berkesempatan untuk menonton tayangan awal minggu lepas dan ini antara ulasan awal kami. Jujur punya!

#1 Filem Animasi Paling Cantik Setakat Ini


Perkara pertama yang berjaya menangkap pandangan penulis adalah kualiti animasi BBBM2!

Memang tak percaya ini hasil daripada produksi tempatan.

Babak 15 minit terawal saja sudah membuatkan penonton terpegun terutamanya melihat tekstur kulit makhluk gergasi dan wajah BoBoiBoy yang jauh lebih cantik berganda-ganda daripada filem pertama.

Anda pasti kagum melihat betapa majunya industri animasi di Malaysia sekarang. Thumbs up Animontsa!

#2 Jalan Cerita Lebih Padat & Matang!



Apa yang penulis boleh rumuskan, jalan cerita BBBM2 lebih padat manakala plot filem ini juga tidak memeningkan kepala sebaliknya disusun dengan cantik sekali.

Banyak elemen 'throwback', namun penulis faham itu semua penting untuk memudahkan sesiapa saja yang tidak menonton filem pertama.

Jadi jika anda terlepas untuk tonton filem pertama, janganlah risau!

#3 Punchline Bertubi-Tubi... Lawak Satu Keluarga



Gamat! Itu saja boleh penulis ungkapkan. Satu panggung bergegar dengan gelak tawa penonton.

Entah beberapa kali agaknya penulis mendengar penonton bersorak dan tepuk tangan.

'Raja Lawak' kegemaran penulis sudah tentunya, Papazola, Gopal, Adu Du serta.... (No spoiler, okay?).

Menariknya, skrip lawak dalam filem ini bersifat sangat universal.

Ada lawak moden dan tidak kurang juga lawak 'orang lama'. Kalau nak bawak datuk atau nenek layan BBBM2 pun tak ada masalah.


#4 Efek Bunyi Mengingatkan Kepada Filem Terbitan Marvel!


Mungkin kedengaran agak keterlauan, tapi ini pendapat penulis.

Dengar saja efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dalam trailer BoBoiBoy, semuanya bukan lagi level animasi dahulu.

Efek bunyi yang BBBM2 gunakan sangat mempunyai 'vibes' filem supehero. Tidak hairanlah filem ini ditayangkan di luar negara!

#5 Banyak Kejutan & Pelbagai Plot Twist, Tapi...



Yes, sebenarnya banyak kejutan dan plot twist yang disimpan oleh pihak Animonsta.

Jika anda lihat trailer rasmi di YouTube, itu hanya beberapa peratus saja.

Jadi penulis ambil kesempatan di sini supaya anda tidak mengeluarkan apa-apa 'spoiler' jika menonton filem ini bermula 8 Ogos.

Filem semaju ni tidak seharusnya dicemari dengan mentaliti lama.

Jadi berapa rating Gempak? Nantikan ulasan penuh Gempak minggu depan.

Apapun jangan lupa tonton BBBM2 yang bakal mula menjengah pawagam 8 Ogos ini!