Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Review : Drama Terbaik? Ini Sebabnya Ramai Menolak Teori Konspirasi Bad Genius Dalam Projek: Anchor SPM!

Hanafis Haris
02/05/2021 09:47 MYT

Pejam celik pejam celik drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM bakal melabuhkann tirainya malam esok.

Bermula dengan pelbagai persepsi negatif membandingkannya dengan sebuah karya daripada Thailand, siapa sangka Projek: Anchor SPM kini menjadi antara drama yang dminati ramai.

Buktinya, setiap minggu selepas tayangan pasti Projek: Anchor SPM trending dan menjadi perbualan ramai di platform Twitter.

Namun, buat mereka yang tertanya-tanya apa menarik tentang Projek: Anchor SPM, ini adalah ulasannya!

#1 Sedap Mata Memandang! Cantik Betul!


Sebaik mengetahui drama ini merupakan karya terbaru pengarah Razaisyam Rashid, penulis sudah boleh menjangkakan kualiti yang bakal ‘dijamu’ kepada penonton.

Lihat saja hasilnya sebelum ini seperti Pusaka, Sembilan mahupun Mandatori. Semuanya ada ‘standard’.

Begitu juga Projek: Anchor SPM cumanya, ia tidaklah ‘dark’ seperti Pusaka dan Sembilan, sebaliknya ia lebih ‘colourful’ sesuai dengan tema remaja sekolah yang dibawa.

Dari segi setting, props, pakaian pelajar, mahupun color grading semuanya dihasilkan dengan cukup cantik dan sempurna.

Ditambah pula dengan sinematografi yang cantik, drama ini memang mempunyai kelas tersendiri. Lihat saja babak di tempat duduk menghadap padang sekolah. Berseni habis!

Selain itu, mulut penulis juga tidak henti memuji cantik setiap kali babak di dalam bilik pengetua Awang. Warna dan kesan cahaya di bilik itu terasa lain macam.

Tidak berlebihan rasanya apabila penulis katakan seolah-olah menonton drama Korea!

#2 Pelakon Senior Vs Junior


Melihat barisan pelakonnya buat pertama kali, memang cukup menyakinkan kerana kebanyakannya adalah pelakon senior.

Pelakon seperti Aedy Asyraf, Adlin Aman Ramlie, Tony Yusoff, Hasnul Ramat mahupun Daiyan Trisha.

Seperti biasa Adlin memang ‘tapau’ watak pengetua bengis dengan hebat! Karakter pengetua Awang cukup sempurna di tangan Adlin.

Selain itu Projek: Anchor SPM juga diwarnai oleh pelakon baru seperti Chubb-E, Shasha Abedul dan Nadhir Nasar.

Rasa sangsi itu muncul pada awalnya. Bagaimana hasilnya jika pelakon baru ini digandingan dengan pelakon lebih berpengalaman?

Namun, semua tanggapan itu terhakis sebaik episod kedua dan ketiga drama ini.

Semua watak dibangunkan dengan smooth, malah semuanya mempunyai ‘screen time’ sendiri. Tiada istilah siapa lebih siapa kurang.

Biarpun watak Botol pada pandangan penulis agak awkward, namun karakter itu antara yang paling cool dan matang dalam Projek: Anchor SPM.

Paling mencuri perhatian adalah watak Hilmi lakonan Nadhir Nasar.

Biarpun baru, Nadhir berjaya membawa watak ketua pelajar yang emosinya berkecamuk. Sudah boleh terbayang jika dia membawa watak psycho selepas ini.

Aedy Ashraf juga membuktikan pengalaman 20 tahun dalam industri seni banyak membantunya membawa watak Aizat dengan cukup mudah.

Adakalanya penulis merasakan watak Aizat itu benar-benar Aedy Ashraf.

Episod lima rasanya memang episod paling cukup beremosi pada pengamatan penulis. Barulah kita tahu siapa Aizat sebenarnya! Anda kena tonton!

Daiyan juga cemerlang membawa watak Aaidaa dan mungkin ini antara ‘performance’ terbaik pelakon cantik ini. Anda kena tonton episod tiga, Kudos!

#3 Watak Dikembangkan Dengan Cukup Baik


Seperti penulis katakan tadi, karakter-karakter dalam Projek: Anchor SPM diberi ‘screen-time’ yang cukup kerana setiap watak itu dibangunkan satu persatu.

Pada awalnya, kita akan apa sebeanrnya hubungan antara Aaida dan Jaja.

Kemudian kita dibawa menyusuri watak Botol yang selama ini misteri.

Perjalanan kemudian diteruskan dengan menyelongkari watak Aizat yang cukup menyentuh perasaan. Siapa sangka kan!

Akhirnya watak sebenar Hilmi yang membuatkan ramai mengamuk.

Belum lagi jika penulis sentuh tentang clifhanger drama ini. Memang cukup jahat dan menyeksa jiwa penonton.

Selain itu beberapa watak sampingan juga memain peranan cukup penting. Nampak kecil tapi memberi impak.

Watak Zaim contohnya, sudah la kelakar, babak dia menyanyi lagu Matahari telah memberi impak besar drama ini hingga menjadi ‘buah mulut’ netizen.

#4 Sarat Dengan Pelbagai Elemen & Mesej…Termasuk Untuk Ibu Bapa!

Jika anda menonton drama ini, anda akan melihat pelbagai ‘moral value‘ yang cuba ditonjolkan pengarah. Bukanlah soal meniru semata-mata.

Bermula dengan isu tekanan pelajar yang cuba merealisasikan harapan ibu bapa sehinggalah konflik hubungan adik beradik dan kisah cinta.

Itu tidak termasuk soal meniru, ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ ataupun konflik dalam sistem pendidikan yang sebelum ini jarang dipamerkan di kaca televisyen.

Menerusi drama ini juga penonton secara perlahan akan memahami mengapa kesemua watak utama memilih untuk meniru ketika SPM.

Semuanya berkait rapat dan ada sebab tersendiri.

Selain itu skrip drama ini juga hebat dan paling penting tidak nampak janggal dan kayu.

Penonton khususnya golongan muda pasti boleh 'relate' dengan skrip dalam drama ini. Sesekali muncul ayat 'deep' daripada pelakon mungkin membuatkan ramai tersentak!

#5 Penuh Dramatik & Mendebarkan


Satu perkara yang harus dipuji untuk drama Projek: Anchor SPM ini adalah elemen dramatik dan suspennya. Memang next level!

Sesiapa pun yang menonton pasti tidak senang duduk.

Bermula dengan episod ‘hantu locker’ yang mana Aizat dan Aaidaa memasuki bilik pengetua Awang sehinggalah episod tujuh ketika mereka mula menduduki SPM. Fuhhh memang berpeluh weh!

Belum lagi sentuh episod yang mana Hilmi mengamuk sampai melalukan perkara luar jangkaan. Rasanya penonton ada yang berdiri tengok episod ini.

Jujurnya, inilah drama ‘coming of age’ paling dramatik dan mendebarkan pernah penulis saksikan.

Disebabkan itu, penulis galakkan mereka yang belum menonton drama ini supaya tontonlah segera sebelum terlambat.

Ini antara drama berkualiti pernah dihasilkan dan rugi rasanya jika terlepas.

Apapun, jangan lupa saksikan episod akhir Projek: Anchor SPM esok (Isnin) jam 9 malam.

Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Rating Gempak : 10/10!












#Viral #Drama #SPM #Razaisyam #DaiyanTrisha #AedyAshraf #ProjekAnchorSPM
;