Filem

Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama

gempak
Zulaikha Yusof
11/12/2020
06:40 MYT
Sponsor Banner
Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama
Naskhah terbaharu daripada pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman iaitu Saka Nan Sepi sudah mula berada di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.
Sebelum ini, Razaisyam mengarahkan filem seram dengan elemen yang lebih serius iaitu Pusaka, tetapi kali ini beliau tonjolkan kebolehannya mengarahkan filem komedi seram dengan menyuntik elemen lucu terutamanya kepada hantu itu sendiri.
Gempak sempat menonton selepas ditayangkan semalam dan ini antara ulasan untuk Saka Nan Sepi:
#1 Jalan Cerita Mudah & Ringkas
Secara ringkasnya, Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan.
Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.
Mudah kan nak faham? Bagi penulis, penonton hanya perlu fokus dan hayati jalan cerita sehingga penghujung.
#2 Pelakon Tiptop
Percaturan dalam pemilihan pelakon untuk digabungkan dalam satu kaca televisyen tidak salah.
Memang ngam teruk! Lakonan pelakon kelas A Namron nampak serasi dengan Sherry, Syafiq dan Mimi.
Saka Girlboy yang dilakonkan oleh Han Zalini pun tak ada kurangnya. Sama hebat!
Good job semua pelakon!
#3 Penuh Gelak Tawa
Percayalah..
Dari awal jalan cerita memang akan gelak tanpa henti. Mungkin 2/3 saja babak tak lucu.
Kalau penulis cerita lebih, nanti jadi spoiler pula..
#4 Sinematografi & Lighting Cantik!
Hasil kerja Razaisyam tidak perlu disangkal lagi. Kita boleh nampak daripada filem sebelum ini antaranya Pusaka dan Mulut Masin.
Lighting untuk setiap babak memang on! Bagi penulis, sinematografi yang dilakukan memang cantik penghasilannya.
Pujian wajib diberikan kerana berjaya menghasilkan satu naskah yang sempurna di mata penulis.
#5 Penuh Mesej
Walaupun filem ini bergenre komedi seram tetapi dari awal sehingga habis tidak henti-henti menyampaikan mesej terutamanya tentang kekeluargaan dan agama.
Antara yang boleh penulis kongsikan adalah masalah anak muda sekarang. Terlampau sibuk dengan gajet dan masalah sosial yang berpunca daripada salah pilih kawan.
Banyak babak yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan seharian kita.
Secara tak langsung, filem ini memberi peringatan kepada kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Penulisan Penulis Tidak Menyakinkan?
Senang! Tonton dan rasa sendiri perjalanan filem Saka Nan Sepi.
Apa yang penulis boleh cakap, tak akan menyesal!
Rating Gempak: 4/5
Jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live