[Review] Macam Ni Rupanya Awek Joker Putus Cinta! Ini 5 Sebab Mengapa Birds Of Prey Patut Ditonton
Hanafis Haris
06/02/2020 11:02 MYT
06/02/2020 11:02 MYT
Selepas 'disajikan' dengan karakter Joker dalam beberapa filem sebelum ini, kita akhirnya menyaksikan satu lagi watak lain dalam 'universe' komik keluaran DC.
Biarpun telah diperkenalkan dalam filem Suicide Squad pada 2016, kali ini penonton akan melihat lebih lagi siapa sebenarnya Harley Queen.
Namun, persoalannya adakah filem Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) ini dapat meneruskan prestasi unggul DC menerusi Wonder Woman dan Aquaman sebelum ini?
Ini antara ulasan Gempak tentang Birds of Prey.
#1 Jalan Cerita Yang Penuh Fast Foward...
Jika anda telah menonton filem Suicide Squad sebelum ini, 'timeline' Bird of Prey berlaku sejurus selepas itu.
Harley Quinn lakonan Margot Robbie telah mengalami tekanan apabila cintanya bersama Joker telah musnah.
Malah, status hubungan mereka itu juga telah diketahui ramai.
Akibatnya, sejumlah individu yang berdendam dengan Harley sebelum ini bertindak mengambil peluang untuk membalas dendam.
Pada masa sama Harley terperangkap dengan ugutan seorang ketua mafia bandar Gotham, Black Mask lakonan Ewan McGregor.
Pada pengamatam penulis, jalan ceritanya tidaklah rumit, namun pengenalan satu persatu watak mungkin menjadikan ia sedikit cacar marba buat sesetengah penonton.
Namun, ia tidaklah mencacat keseluruhan filem.
#2 Lakonan Margot Robbie Yang...
Untuk Suicide Squad sebelum ini, Margot Robbie telah menerima pujian ramai apabila membawa watak Harley dengan cukup cemerlang.
Untuk Birds of Prey kali ni juga tidak jauh bezanya, malah kita dapat melihat watak itu dikembangkan dengan lebih jauh lagi.
Sesekali watak Harley ini mengingatkan penulis terhadap satu lagu watak superhero tetapi dalam universe yang lain.
#3 Pengenalan Watak Penting Lain
Birds of Prey merupakan nama yang diambil daripada komik DC.
Nama tersebut digambarkan sebagai sekumpulan superhero wanita dan ia dipaparkan di beberapa komik DC sejak 1996.
Dalam filem ini, terdapat beberapa supehero yang bakal diperkenalkan, cuma cepat atau lambat saja.
Terdapat juga elemen kejutan yang ditampilkan oleh seorang daripada watak ini. Mind blowing!
#4 Props & Fesyen Sangat Harley Queen!
Jika ditanya apakah konsep filem ini, 'fun' adalah antara eleman utama.
Dari segi pakaian, senjata digunakan hinggalah props pada setiap babak semunya dihasilkan secara meriah. Sangat menggambarkan watak bekas teman wanita Joker ini yang gila-gila.
Malah, montaj untuk pengenalan setiap watak juga dipaparkan dengan cukup cantik!
Paling menarik sudah pastinya ketika babak akhir yang berlaku di dalam taman tema. Menakutkan namun tetap fun dan dramatik!
#5 Aksi Ngeri & Agak Kejam
Melihat poster dan konsep filem ini, mungkin ramai yang sangka ia satu filem agak santai dan fun.
Namun hakikatnya, filem ini padat dengan aksi ngeri hinggakan ia diklasifikasikan sebagai 18 tahun ke atas.
Babak Black Mask mendera mangsanya juga agak ngeri dan boleh membuatkan penonton tak senang duduk.
Secara keseluruhan filem ini sangat menghiburkan untuk ditonton.
Dengan watak bersahaja Harley Queen serta lagak aksi ngeri ditampilkan, Birds of Prey antara yang boleh dipuji.