Review: Medical Horror Thriller Yang Mengagumkan, Ini Sebabnya Mengapa Anda Patut Layan Malignant
14/11/2021 07:00 MYT
Pengarah James Wan muncul lagi dengan karya baru dan kali ini beliau menghidangkan Malignant untuk mereka yang dahagakan karya-karya seramnya.
Tampil dengan sedikit kelainan Malignant dilihat sangat berbeza daripada filem James Wan sebelum ini.
Persoalannya, adakah Malignant berbaloi untuk ditonton?
Berikut merupakan ulasan daripada Gempak.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Madison Lake yang menerima ‘bayangan’ tentang kematian individu lain.
Tanpa disedari, kematian itu rupanya benar-benar berlaku dan dia kini terpaksa membongkar misteri berkenaan.
Untuk makluman, filem ini memulakan ‘perjalanannya’ dengan babak di sebuah hospital, beberapa tahun lalu.
Ketika ini, fokus penonton akan lebih tertumpu kepada seorang pesakit yang dikatakan mempunyai penyakit yang aneh.
Siapakah pesakit ini dan bagaimanakah dia mampu mengakibat kecederaan terhadap petugas hospital dengan sangat teruk, semuanya bakal menjadi persoalan pada permulaan filem.
Malah, keupayaannya yang mampu mengawal tenaga elektrik dan berkomunikasi melalui frekuensi juga mampu mencetuskan banyak tanda tanya.
Itu yang menariknya tentang Malignant! Banyak persoalan yang mengajak penonton berfikir atau berteka teki.
Disebabkan ia banyak bermain dengan terma perubatan, ramai juga yang menggelar filem ini sebagai ‘medical horror thriller’.
Baiklah, berbalik kepada aspek keseraman, filem ini boleh dikatakan sangat menyeramkan!
Mungkin agak subjektif, namun pada pandangan penulis, James Wan memang ‘master’ dalam genre sebegini dan Malignant tidak terkecuali.
Selesai saja ‘introduction’ babak di hospital, penonton akan ‘dijamukan’ dengan pelbagai insiden seram yang sangat ‘unpredictable’.
Jika pada awalnya, pengarah mengajak penonton untuk berteka-teki, di pertengahan pula pengarah membawa semua ke ‘dunia’ seram Malignant!
Suasana rumah, warna, penggunakan sinematografi selain dibantu dengan efek bunyi, semuanya diadunkan dengan baik untuk mencetuskan rasa seram itu.
Aspek sinematografi dalam filem ini boleh dikatakan ‘top notch’. Penulis sangat kagum dengan ‘shot’ kamera James Wan, sangat cantik dan ada kelas!
Selain itu, jangan tak percaya, penonton juga bakal melihat banyak babak aksi dan pertarungan dalam filem ini.
Disebabkan kes berkaitan makhluk ini turut membabitkan pihak polis, maka banyak babak aksi diterapkan dalam filem ini.
Namun, apa yang membuatkan filem ini lebih hebat, adalah terdapat babak yang ‘unexpected’ dan plot twist di hujung-hujungnya.
Secara keseluruhan filem ini banyak menggunakan elemen yang jarang kita lihat dalam kebanyakan filem seram.
Penulis yakin, anda tidak pernah melihat filem dengan ‘direction’ sebegini di Malignant.
Karya James Wan ini boleh dikatakan sangat ‘fresh’ untuk anda layan terus di ‘pawagam’ rumah anda.
Apapun jangan lupa strim ‘Malignant’ on demand menerusi Ultra Box, aplikasi Astro GO & HBO GO! Percuma untuk pelanggan Pek Movies.