Kalau anda seorang penggemar permainan video Jepun, semestinya anda tahu mengenai filem Sonic The Hedgehog.

Memandangkan hari ini sudah mula ditayangkan, mungkin ada yang sudah mula menontonnya. Bagaimana? Seronok?

Jika belum, segeralah ke panggung wayang berdekatan kerana anda mungkin menyesal jika tidak menonton karya animasi terbaru terbitan Sega Video Game.

Jadi, apa sebenarnya yang menarik tentang Sonic The Hedgehog? Ini antara pendapat dan ulasan Gempak.



1. Jalan Cerita Mudah Faham!

Sedikit sinopsis tentang filem ini, Sonic The Hedgehog menceritakan kisah landak yang paling pantas di dunia yang datang menetap di bumi.

Walaubagaimanapun, momen Sonic diganggu dengan kejahatan Dr. Robotnik (Jim Carrey) dalam rancangannya untuk menguasai dunia.

Bagi penulis, jalan ceritanya amat mudah dan sangat mudah untuk difahami. Tak pening kepala.

Penonton hanya perlu menyaksikan bagaimana Sonic dan rakan barunya, Tom (James Marsden) berkerjasama untuk mempertahankan diri dan planet tersebut.



2. Grafik & Sinematografi Level A!

Secara jujurnya perjalanan filem ini sudah berjaya menangkap perhatian penonton khususnya dari aspek kualiti yang ditampilkan.

Perkembangan grafik yang digunakan mampu membuat penonton terpegun melihatnya.

Wajah Sonic dan watak lain termasuklah hidupan flora dan fauna kelihatan sempurna dengan penataan cahaya dan bayang.



3. Aksi Pengembaraan Mendebarkan

Sepanjang filem bersiaran, anda tidak senang duduk menyaksikan filem ini kerana babaknya mendebarkan.

Filem ini juga menonjolkan penggembaraan watak utama, Sonic dalam memenuhi keinginannya.



4. Teknologi Canggih & Luar Biasa

Penulis pasti anda ternganga melihat kecanggihan teknologi yang digunakan.

Sistem yang digunakan untuk menjejaki Sonic telah mengalahkan kuasa ketenteraan dalam filem tersebut.

Teknologi yang digunakan penulis rasa belum pernah melihatnya di filem-filem yang lain.



5. Papar Hubungan Persahabatan

Lupakan kisah cinta.. Filem Sonic The Hedgehog menunjukkan persahabatan Sonic dan Tom yang pada awalnya 'stranger' kepada 'true friends'.

Jelas terbukti, tempoh perkenalan bukan ukuran utama untuk hubungan itu menjadi mesra dan rapat.

Pengorbanan Tom untuk membantu Sonic menempuh pelbagai rintangan mampu membuatkan hati penonton tersentuh selepas menontonnya.



Apapun, filem ini antara karya yang harus ditonton bagi mereka yang sukakan filem pengembaraan sains fiksyen.

Penulis beri 4/5 untuk Sonic The Hedgehog!


p/s: Selepas post kredit, jangan terburu-buru keluar wayang! Ada klu penting yang anda semua tak boleh terlepas!