Hiburan

[REVIEW] Pertarungan Antara Manusia & Klon, Adakah Gemini Man Wajib Ditonton?

gempak
Hanafis Haris
07/10/2019
06:07 MYT
Sponsor Banner
[REVIEW] Pertarungan Antara Manusia & Klon, Adakah Gemini Man Wajib Ditonton?
Selepas Aladdin, Will Smith kembali lagi dengan aksi dan karya terbarunya menerusi filem Gemini Man.
Berbanding dengan filem sebelum ini, Will Smith kali ini akan melakonkan dua versi watak Henry Brogan iaitu muda dan tua.
Macam mana pula tu kan?
Jika anda tertanya-tanya sama ada filem ini menarik untuk ditonton, ikuti ulasan ini.

#1 Filem Drama/Thriller Yang Tidak Serabut

Secara ringkasnya filem ini mengisarkan tentang kehidupan Henry Brogan (Will Smith) yang cuba untuk bersara daripada perkerjaan sulitnya sebagai pembunuh upahan.
Namun disebabkan skil menembaknya adalah yang terbaik, Henry berdepan dengan masalah besar apabila ada pihak cuba menghasilkan klon daripada DNA miliknya.
Secara keseluruhannya filem ini agak ringan walaupun boleh dikategorikan sebagai filem aksi drama/thriller yang turut menyuntik elemen sains fiksyen.
Jalan ceritanya mudah dan tidak berbelit walaupun penonton perlu mengambil masa untuk memahami konflik dan permainan politik antara Amerika Syarikat dan Rusia.

#2 Lakonan Hebat!

Selain Will Smith, filem ini dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead (Danny) , Clive Owen (Clay Varis) serta Benedict Wong (Baron).
Namun pujian harus diberi kepada Will Smith yang membawa watak Henry dengan begitu cemerlang.
Disebababkan ramai yang mati hasil tembakan Henry, maka rasa bersalah dan menyesal itu jelas kelihatan dalam lakonan Will Smith.
Malah, lakonannya yang membawa watak klon yang jauh lebih muda juga sangat hebat.
Kedua-dua watak ini seperti dilakonkan oleh dua pelakon berbeza.

#3 Kesan Khas CGI Yang Meyakinkan

Sebut saja tentang filem berunsurkan sains, pastinya penggunaan imej janaan komputer (CGI) memainkan peranan sangat penting, apatah lagi jika membabitkan penghasilan watak klon.
Wajah yang dihasilkan perlulah selari dengan imej individu asal supaya ia tidak kekok atau terasa janggal untuk ditonton.
Namun, mungkin disebabkan teknologi sekarang berada dalam tahap 'top notch', penghasilan imej klon bukan lagi satu perkara yang sukar.
Apa yang pasti, filem ini langsung tiada masalah dengan imej CGI.. Apa yang penting, tak Nampak kaku atau kelihatah murah.
Semuanya nampak ‘real’ di mata penulis.

#4 Aksi Lebih Realistik

Babak aksi dalam filem ini secara jujurnya tidak berjaya membuatkan penulis tergamam.
Adegan aksi yang ditampilkan kelihatan biasa-biasa saja.
Namun, ia bukanlah satu perkara yang negatif kerana penulis melihat ia sebagai pertempuran yang lebih realistik berbanding aksi yang nampak terlalu dirancang atau berlebihan.
Filem ini seakan memberitahu yang watak di dalam ini hanyalah manusia biasa dan bukannya ‘superhero’.

#5 Idea Menarik Tetapi...

Walaupun tidak terlalu meleret namun adakalanya jalan cerita filem ini sedikit perlahan dan terlalu mudah dijangka.
Watak antagonis yang ditampilkan juga kurang ganas dan kejam.
Malah, disebabkan babak yang kurang klimaks, filem ini gagal meninggalkan impak yang cukup.
Apapun, filem ini masih layak dan berbaloi untuk ditonton kerana jalan cerita yang banyak bermain emosi ditambah pula lakonan hebat Will Smith.
Rating Gempak : 3.5/5
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live