Umum mengetahui pelakon, Sharnaaz Ahmad bersama Shukri Yahaya merupakan sahabat baik.

Jadi bersempena dengan ulang tahun kelahiran Shukri pada Selasa, 13 Jun, Sharnaaz telah memberikan ucapan hari jadi kepada sahabatnya itu.

“Happy birthday to my dear brother… Aku tahu kita jarang jumpa, lepak, sembang sampai pagi… Tapi aku tahu hang tetap sahabat aku.

“Tetap adik kesayangan aku… Aku sayang hang dunia akhirat mat… Happy birthday semoga sentiasa dalam rahmat Allah amin,” tulisnya.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik Sharnaaz umpama sedang memujuk Shukri.

Namun jangan cepat melatah, semuanya gara-gara watak Syed Aizril yang dibawakan Shukri di dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu membuatkan ramai yang sakit hati.

Manakala Sharnaaz pula yang membawakan watak Reza dalam Polis Evo 3, iaitu seorang penjahat yang ingin membalas dendam menyebabkan mereka bergurau dengan kedua-dua pelakon hebat itu.

Antara komen usikan yang diterima:

“Happy birthday Aizril, semoga tak akan bersatu dengan Aleya, padan muka,”

“Happy birthday Syed Aizril walaupun saya menyampah dengan awak,”

“Dia tengah sedih pujuk Aleya tak lepas-lepas,”


“Hari tu member baik mu kena tumbuk dengan paksu, kasi balas dendam sikit,”

“Reza pergi healing kejap, nanti dia gerak pasang bom,”

Jangan lupa saksikan Polis Evo 3 di seluruh pawagam berdekatan.

Saksikan juga. Andai Itu Takdirnya drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Andai Itu Takdirnya juga boleh distrim di Astro Go.