Siapa sangka pelakon Daiyan Trisha sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam membaca berita.

Semua itu terbukti apabila Daiyan melakukan video cabaran membaca berita yang kini trending di beberapa platform seperti TikTok dan Instagram.

Menerusi video berkenaan, Daiyan dilihat tidak kekok, malah agak lancar membaca berita disediakan.

Rata-rata netizen memuji ton suara dan cara pelakon itu melontar suara.

Tidak kurang juga ramai juga yang menyamakan suara Daiyan dengan pelakon Mira Filzah.

“Kalau baca berita tu kak daiyan, memang tak lupa nak tengok.

“So talented, Apa je Daiyan tak boleh buat”

“Macam Mira Filzah sikit suaranya, sedap je tone tu” kata beberapa netizen.

Selain itu, ada juga peminat berjenaka mengenai watak Daiyan dalam drama Projek Anchor: SPM iaitu Aida.

”Memang betul la orang cakap, rezeki Allah ni boleh datang dari mana-mana. Tengok la Aida ni, SPM dapat 10G tapi masih boleh dapat pekerjaan jadi pembaca berita. Itu yg orang cakap SPM bukanlah segala galanya, yg penting usaha dan ikhtiar nak cari rezeki tu yg utama,” kata seorang netizen.

Anda boleh lihat aksi Daiyan membaca berita di bawah.