Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Rezeki Itu Memang Datang Dari Allah" - Anita Baharom Tak Sangka Acar Limaunya Kini…

Hanafis Haris
13/07/2020 09:17 MYT
Pelakon Anita Baharom tidak menyangka perniagaan acar limau yang diusahakan secara kecil-kecilan kini telah mendapat perhatian dan permintaan ramai.

Menurut Anita, idea untuk memulakan perniagaan tersebut tercetus sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga bulan lalu.

"Waktu PKP terfikir nak berniaga apa, jadi saya pun cubalah buat acar limau.Teringin pun ye waktu itu.

"Ketika bulan puasa saya cuba masak dan jerukkan dulu limau. Tapi waktu tu perniagaan masih belum mula, ilham tu dah ada seru belum datang lagi.

"Sampailah penghujung Syawal barulah mula buat satu periuk dan jual dalam balang secara kecil-kecilan," katanya.

Jelasnya, sejak daripada itu permintaan daripada orang ramai cukup menggalakkan apabila ada yang bertanya untuk menjadi agen 'dropship'.

“Ia resepi kakak yang saya olah sendiri seperti menjadi rasa daripada keluarga kami daripada pulau pinang. Saya mahu kekalkan rasa turun temurun itu”

"Ramai bagi komen yang positif sampai ada seorang pelanggan ni dia beli satu je, lepas tu order lagi 12. Alhamdulillah rezeki Allah nak kasi.

"Gembira bila perniagaan yang pada awalnya saya suka-suka je nak tambah pendapatan, tiba-tiba menjadi dan boleh buat satu lagi bidang tetap yang kami sekeluarga boleh fokus.

"Ada cadangan untuk tambah baik, pasarkan secara meluas tapi buat masa ini kami maintain dulu kecil-kecilan," katanya.

ACAR LIMAU DAPUR ANITA BAHAROM . Dm/wasap 0196557243 . #dapuranitabaharom #acarlimau #acarlimauanitabaharom #acarlimaudapuranitabaharom #acarlimauviral #anitabaharom

A post shared by Dapur Anita Baharom (@dapuranitabaharom) on

Acar limau sedap likat bersalut . Ita guna Bahan2 premium . Brown sugar Garam bukit dan minyak yg kualiti Banyak bahan2 dalam setiap balang. .. sebagai penyedap dalam makanan. Sesuai makan Dengan nasi panas2. Lebih sedap dengan nasi beriyani bagai.. . Bole juga dibuat sebagai berkat/door gift di majlis kahwin atau apa saja.. . Bole dm/pm/ wasap 0196557243 . www.wassap.my/60196557243/acarlimau+dapuranitabaharom @anitabaharom @dapuranitabaharom #dapuranitabaharom #acarlimau #acarlimauviral #acarlimauanitabaharom #acarlimaudapuranitabaharom #acarlinau

A post shared by Anita Baharom (@anitabaharom) on


Untuk makluman, Anita bakal muncul dalam filem terbaru Keluarga Iskandar The Movie (KITM).

KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Haa kali ni min nak kenalkan korang dengan menantu-menantu Mak Jah. Masing-masing ada perangai tau. Kalau korang nak tahu kena tengok 16 Julai ini ok! . Nantikan Keluarga Iskandar The Movie Akan Datang 16 Julai ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

#Anita Baharom #Acar Buah #KITM
;