Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
PERSONALITI

Rezeki SARAH Meninggal Asbab Wabak, Lahirkan Anak dan Pada Hari Terakhir Bulan Haram – Kau Pergi Jua...

Afiza Kamarulzaman 09/08/2021 | 01:56 MYT
Banyak kali Shuib panggil balik, bangunlah sayang, anak-anak tunggu... namun Sarah tidak mampu untuk kesekian kalinya menuruti kemahuan suami tersayang...
Subuh tadi, kita dikejutkan dengan berita pemergian selebriti terkenal Siti Sarah yang dimaklumkan oleh suaminya Shuib di akaun Instagramnya. Allahyarhamah Siti Sarah Bt Raisuddin pergi pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).
Seperti yang semua sedia maklum, pada 25 Julai lalu, Allayarhamah, suami dan semua anak-anaknya Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun disahkan positif Covid-19 apabila terdahulu pembantu rumah mereka disahkan positif.
Sarah yang sedang hamil tujuh bulan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut kerana diklasifikasikan sebagai golongan berisiko tinggi, manakala suami dan anak-anak menjalani kuarantin di rumah.
Dan, pada 6 Julai, Jumaat, Shuib memberitahu bahawa Sarah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kondisinya yang tidak berapa baik. Sekitar jam lima petang hari yang sama, doktor berjaya mengeluarkan bayi mereka. Anak ke empat Shuib ini diberi nama Ayash Affan. Sedihnya, Shuib sendiri belum sempat melihat anaknya sehingga ke hari ini kerana dilahirkan pra matang.
Beberapa hari lepas, keadaan Sarah dilaporkan berada pada tahap turun naik. Ada kala Allayarhamah menunjukkan reaksi positif, namun semalam sebelum memulakan bacaan yasin secara virtual beramai-ramai, Shuib ada memaklumkan bahawa paras oksigen isterinya turun sehingga 40% dan sangat membimbangkan.
Sarah sangat disayangi ramai. Ini jelas dapat dilihat dengan begitu banyak doa dan kata-kata indah dititipkan selama arwah ‘ditidurkan’. Namun...sudah termeterai janjinya dengan sang pencipta akan pergi pada hari ini, walau menerima begitu banyak doa-doa untuk Sarah kembali bangun, Sarah tetap berpegang pada janjinya, Allahyarhamah pergi jua menemui Illahi, meninggalkan dunia ini.
#Siti Sarah #Shuib SepahTu #Meninggal Dunia