Laman Utama

"Rezeki Saya Berjumpa Dengan Wanita Yang Ada Anak Perempuan Juga" - Fizi Ali

gempak
Amri Hassan
23/10/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Rezeki Saya Berjumpa Dengan Wanita Yang Ada Anak Perempuan Juga" - Fizi Ali
Dengan sekali lafaz, penyampai radio, Fizi Ali telah selamat bergelar suami kepada pasangannya, Siti Zulaiikha pada pukul 10 pagi di lokasi yang dirahsiakan di Gombak, Selangor.
BACA: Fizi Ali Akhiri Zaman Duda, Selamat Nikahi Rakan Niaga
Menerusi kenyataan media yang dikirimkan dari wakil Hot FM kepada Gempak, majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai.
Menurut Fizi Ali, perkenalannya mereka bermula dengan menjadi rakan bisnes. Kemudiannya, mengambil keputusan untuk cuba kenal hati budi masing-masing dan dengan berkat doa kedua-dua belah pihak.
"Keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana ini adalah persetujuan di antara dua pihak.
"Kami dah bertunang beberapa bulan lepas, tetapi kami mengambil keputusan untuk berdiam dulu kerana takut jika perancangan kami itu hanyalah perancangan, yang saya pasti saya akan war-war kan apabila tibanya hari ini dimana kami telah pun disatukan dengan ikatan yang sah. "Kami memilih hari isnin hari ini adalah kerana tarikh cantik, iaitu 23 Oktober 2023," ujarnya.
Dalam pada itu, keserasian antara kedua-dua anak perempuan Fizi dan Siti Zulaiikha juga membuatkan mereka yakin untuk hidup bersama.
"Alhamdulillah rezeki saya bila berjumpa dengan seseorang yang ada anak perempuan juga.
"Setelah beberapa kali keluar bersama sebelum ini, nampak yang Ameena dah pun mula rasa selesa dan terima.
"Mungkin lepasni saya pula kena tinggal seorang di rumah kerana Ameena dah jumpa girl bestfriend dia iaitu mama dan kakak dia," tambahnya.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021. Mereka mempunyai Ameena berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live