Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

RHB Salur Dana Bina Sistem Air Bersih Di Maahad Tahfiz Baitul Hasanah

Amri Hassan
23/08/2022 08:01 MYT
Seramai 80 individu termasuk guru, kakitangan dan pelajar yang berada di Maahad Tahfiz Baitul Hasanah memerlukan air bersih bagi kegunaan seharian seperti keperluan tandas, basuh pakaian, minum dan lain-lain.

Fokus utama pelaksanaan projek ini dibuat di kawasan pedalaman yang tidak ada akses air bersih. Beberapa projek sedang berlangsung di Sik Kedah, di Simunjan Sarawak, di Pitas Sabah. Dan projek kali ini di Pekan, Pahang.

Pada 20 Ogos RHB Islamic Bank telah menganjurkan program ''RHB Touch Hearts" bersama dengan pelajar Maahad Tahfiz Baitul Hasanah di Pekan, Pahang. Program ini turut dihadiri Pengarah Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim.

Yayasan Ikhlas telah mendapat kerjasama dengan pihak RHB Islamic Bank bagi menjayakan projek pembangunan sistem air bersih di Maahad Tahfiz Baitul Hasanah.

Menurut Pengarah Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas Ir Kamaruddin Kassim berkata, Maahad Tahfiz terbabit kerap menghadapi masalah bekalan air berikutan sumber yang sedia ada sangat terhad.

“Ia semakin kritikal selepas penggunaannya meningkat disebabkan kemasukkan ramai pelajar dan kakitangan.

“Saya berharap dengan adanya sistem air bersih ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air serta mengurangkan perbelanjaan bil air,” tambah beliau.



Sementara itu pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Datuk Adissadikin Ali berkata, bagi menjayakan projek yang dijalankan dalam program RHB Touch Heart itu, pihak RHB telah memperuntukkan sumbangan sebanyak 20,000 ribu ringgit manakala selebihnya dibiayai oleh Yayasan Ikhlas.

Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan Peduli & Prihatin telah mengambil inisiatif melaksanakan projek pembangunan sistem air bersih di seluruh Malaysia seterusnya memenuhi SDG ke-6.

Dalam masa yang sama, projek ini juga masih mengumpulkan sumbangan bagi pelaksanaan di beberapa kawasan antaranya di Baling Kedah, Pitas Sabah, dan Kampung Keniong, Simunjan Sarawak.

Yayasan Ikhlas ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia turut serta menyumbang bagi Projek Air Bersih ini supaya ramai lagi penduduk lebih-lebih lagi tinggal dipedalaman menerima manfaat hasil dari sumbangan anda.

Layari bit.ly/ProjekAirBersih atau menyumbang ke akaun Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Projek Air Bersih)
#Tahfiz #Air #RHB