Laman Utama

Rian Vokalis D'Masiv Dituduh Lakukan Gangguan Seksual, Ajak Gadis Ke Bilik Hotel

gempak
Maliah Surip
21/06/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
Rian Vokalis D'Masiv Dituduh Lakukan Gangguan Seksual, Ajak Gadis Ke Bilik Hotel
Nama vokalis band D'Masiv menjadi hangat sejak semalam selepas akaun milik penulis dan pemerhati bebas muzik di Indonesia, Denny Sakrie mencuit tindakan penyanyi itu menggoda sekaligus melakukan gangguan seksual terhadap anak gadisnya.
Cuitan itu dibuat menerusi akaun Twitter @dennysakrie, semalam. Ironi, Denny sudah meninggal dunia pada tahun 2015.
Namun, isteri Denny mengaku cuitan itu dibuat oleh adik suaminya selepas Rian tidak datang bertemu dan memberi penjelasan mengenai hal tidak wajar yang dilakukan terhadap anak saudaranya itu.
Rian atau nama sebenarnya Rian Ekky Pradipta didakwa telah menghantar mesej melalui platform Facebook dengan mengajak anak gadisnya bertemu di bilik hotel di Bali.
"Sebuah cerita. @RianEkkyP menggoda anak saya. Disuruh datang ke kamar hotelnya di Bali. Telefon pakai media inbox jam 3 pagi. Mahu diselesaikan hari ini dan Rian sudah janji tapi tidak datang. Chicken?" tulis akaun tersebut pada Ahad (20/6).
CNNIndonesia kemudian melaporkan telah menghubungi Rian namun pelantun lagu Rindu Ini Membunuhku itu tidak menjawab telefon dan hanya membaca pesanan WhatsApp yang dikirim.
Pihaknya kemudian menghubungi pengurusan band D'Masiv dan pengurusnya, Sisil mengaku sudah berkomunikasi dengan Rian.
Namun, Sisil yang mengaku belum menghubungi keluarga Denny untuk pencerahan tidak memberikan butiran mengenai kes yang sedang hangat dibicarakan itu.
"Sudah (berkomunikasi dengan Rian), tapi belum dengan keluarga Denny," ujar Sisil.
Bagaimanapun Sisil dengan tegas mengatakan semua yang sedang diperkatakan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Rian adalah fitnah.
Berasa Rian terus mendiamkan diri, akaun sama hari ini terus menampilkan bukti jika Rian memang benar telah menggoda anak gadis Allahyarham Denny.
"Besok flight ke mana?" tulis Rian dalam gambar yang dilampirkan akaun @deddysakrie.
"Ke Bali" jawab pengirim pesan, yang belum diketahui siapa.
"10 haribulan aku ke Bali. Ya kita bertemu," jawab Rian.
Sebelumnya, akaun yang sama juga sempat melahirkan amarah dengan tindakan Rian yang dianggap tidak wajar kerana mahu melakukan gangguan seksual terhadap gadis tersebut.
"Saya tidak mahu tahu apa sejarah kamu ya @RianEkkyP. Saya search kamu digosipkan menghamili isteri kamu sebelum nikah. Dan anak kamu yang pertama lahir 6 bulan lebih awal? Saya tak peduli. JANGAN ANAK SAYA!!! Dia masih kecil. Bukannya melindungi," ujarnya.
"KAMU BOLEH BELI PEREMPUAN MANAPUN @RianEkkyP. Kenapa anak saya yang kamu goda??? Lagipun kamukan sukanya yang lebih tua? Seperti isteri kamu yang tua enam tahun dari kamu," tulis akaun tersebut lagi seperti dilaporkan InsertLive.
Malah akaun tersebut juga mengaku telah menghubungi isteri Rian, namun wanita itu mengatakan pihak mereka hanya mahu mencipta sensasi.
Gempak yang meninjau ke akaun Instagram milik Rian mendapati penyanyi itu ada memuat naik beberapa keping gambar saat dirinya berada di Bali sekitar minggu lalu.
Kredit Foto: Insertlive & CNNIndonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live