Ribuan Pengunjung Taman Tema Di Wuhan, Cetus Kebimbangan Gelombang Kedua COVID-19
Asraf Aided
21/05/2020 07:24 MYT
21/05/2020 07:24 MYT
Selepas ditutup selama empat bulan disebabkan penularan wabak COVID-19, sebuah taman tema di Wuhan telah menerima ribuan kunjungan sejak dibenarkan beroperasi semula baru-baru ini.
Memetik laporan Mirror, taman tema The Happy Valley itu telah menerima 3000 kunjungan pada hari semalam.
Perkara ini telah mencetus kebimbangan ramai tentang kemungkinan penularan gelombang kedua COVID-19 di wilayah itu.
Walaubagaimanapun, operasi taman tema itu hanya dibuka semula dengan kapasiti 20 peratus sahaja berbanding operasi normal sebelum ini.
Pada masa yang sama, pihak pengendali taman tema itu juga telah merekodkan suhu setiap pengunjung yang membuat tempahan awal sebelum mereka dibenarkan masuk.
Pihak berkuasa Wuhan juga mengatakan mereka telah melakukan ujian saringan terhadap lebih separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk di wilayah berkenaan.
Setakat ini, hanya 15 kes baru dikenalpasti termasuk beberapa individu yang tidak menunjukkan gejala.
Sumber : Mirror