Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Ribut Di Puncak Alam, 6 Kenderaan Dihempap Papan Tanda!

Gempak
25/10/2024 11:34 MYT
Angin kencang menyebabkan papan tanda di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam roboh dan menghempap enam buah kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.44 petang pada Jumaat.

Beliau berkata, Komander Operasi melaporkan terdapat sebuah papan tanda berukuran 30.48x6.09 meter persegi sebuah pasaraya telah roboh.

Pengguna laman Facebook, Boss Shaiful Hafsham turut berkongsi beberapa gambar memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.

Pengguna laman Facebook, Boss Shaiful Hafsham turut berkongsi beberapa gambar memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.

"Papan tanda ini jatuh akibat angin kencang dan menghempap enam buah kenderaan yang berada di bahagian parkir.

"Terdapat seorang wanita berusia 45 tahun dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Mangsa tidak tersepit dan tidak mengalami kecederaan akibat runtuhan itu namun, dihantar ke klinik berhampiran bagi melakukan pemeriksaan," katanya pada Jumaat.
#Viral #Shah Alam #Ribut #Hempap #Papan Tanda #Puncak Alam
;