Laman Utama

Ribut Landa Festival Muzik, Seorang Mati & Puluhan Cedera, DJ Miguel Serna: “Ia Sangat Menakutkan”

Maliah Surip
14/08/2022
15:20 MYT
Penganjuran sebuah festival muzik yang dijadual berlangsung selama enam hari bertukar tragedi apabila ribut dan angin kencang melanda tapak pesta tersebut.
Pesta muzik yang dikenali sebagai Medusa Festival yang diadakan di bandar Valencia, Sepanyol itu telah dilanda ribut dan angin kencang pada sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan.
Akibat tragedi tersebut, seorang dilaporkan meninggal dunia manakala 32 orang dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor Reuters.
Salah seorang pemuzik, DJ Miguel Serna menceritakan pengalaman ngeri berdepan detik tidak diduga itu.
“Tragedi tersebut berlaku pada sesi akhir persembahan saya di pentas utama.
“Kawasan bawah (tempat pengunjung) telah terjejas teruk. Ia sangat menakutkan dan saya masih terkejut.
“Kejadian berlaku sangat pantas dalam beberapa minit yang cukup menegangkan. Saya tidak pernah mengalami tragedi seperti ini,” tulisnya di Instagram.
Selain Serna, DJ popular yang berasal dari Perancis, DJ David Guetta juga menjadi salah satu penghibur dalam penganjuran festival yang menyediakan lima pentas persembahan utama bagi peminat genre electronic music tersebut.
Agensi sama melaporkan penganjur membatalkan sesi dan baki hari festival yang akan berlangsung demi keselamatan semua pihak. Sementelah pentas utama telah tumbang dengan beberapa peralatan juga mengalami kerosakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Atas Angin Festival

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Gaya Hidup

Nihon Matsuri 2024: Festival Jepun Terbesar Kembali dengan Tarikan Baharu Yang Menarik!

gempak
22/07/2024
18:55 MYT
Festival Jepun terbesar yang paling dinantikan, Nihon Matsuri bakal menyita perhatian orang ramai menerusi penganjurannya tahun ini yang dijadualkan berlangsung di Tempat Letak Kereta B Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.