Ricky Martin Akui Sudah Bergelar Suami Kepada Teman Lelaki

Rozaimi Zubaidi
Januari 12, 2018 04:05 MYT
Penyanyi yang popular melalui lagu Livin' La Vida Loca, Ricky Martin mengakui bahawa telah berkahwin dengan teman lelakinya, Jwan Yosef.
Menurut laporan E! Online, Ricky Martin mengesahkan mengenai perkara itu dan dia juga tidak mahu menyimpan kebahagiaannya itu seorang diri.
"Saya kini bergelar seorang suami. Saya dan Jwan sudah berkahwin. Kami juga sudah menandatangani beberapa dokumen yang perlu, perjanjian pra-perkahwinan.
"Namun buat masa sekarang kami belum adakan apa-apa majlis lagi dan merancang mengadakan majlis tersebut selama tiga hari," katanya.
Namun, Ricky Martin tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh sebenar dia dan Jwan berkahwinan kepada umum.
Tambah Ricky kehidupannya kini berbeza selepas bergelar seorang suami.
Sumber: E! Online
#Penyanyi #Penyanyi #Ricky Martin