Laman Utama

Ricky Martin Nafi Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara Umur 21 Tahun

gempak
Amri Hassan
17/07/2022
05:54 MYT
Sponsor Banner
Ricky Martin Nafi Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara Umur 21 Tahun
Penyanyi Latin popular, Ricky Martin kembali menjadi sorotan selepas berdepan perintah penyekatan dari pihak berkuasa Puerto Rico kerana melakukan keganasan rumah tangga awal Julai lalu.
Menerusi laporan akhbar El Vocero, Martin, 50, dan pasangannya dilaporkan telah berpisah sejak dua bulan selepas berpacaran selama tujuh bulan.
Difahamkan Martin yang sukar menerima perpisahan itu telah dilihat berkeliaran berhampiran dengan kediaman pengadu sebanyak tiga kali.
Namun, Martin tampil mendakwa tuduhan terbabit tidak berasas.
Pada 13 Julai lalu, media Sepanyol, Marca melaporkan abang kepada Martin, Eric Martin mendakwa individu yang telah memfailkan aduan terbabit merupakan anak saudara penyanyi itu sendiri.
Penguam mewakili Ricky Martin, Marty Singer, bagaimanapun telah tampil mengeluarkan kenyataan kepada majalah People menafikan pertuduhan terbabit.
"Malangnya, individu yang telah membuat dakwaan ini sedang berdepan dengan masalah kesihatan mental yang teruk.
"Ricky Martin sudah pasti dan tidak akan sesekali terlibat dalam hubungan romantik atau seksual dengan anak saudaranya.
"Dakwaan terbabit bukan sahaja tidak tepat malah memalukan. Kami berharap individu terbabit mendapatkan bantuan secepat mungkin.
"Dalam pada itu, kami berharap kes ini digugurkan sebaik sahaja juri melihat semula semua fakta," maklum penguam Martin kepada People pada 15 Julai lalu.
Lapor New York Post, menurut undang-undang Puerto Rico, pesalah yang terlibat dalam sumbang mahram boleh berdepan hukuman penjara selama 50 tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Sumber: The Star, Hello Magazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live