Laman Utama
Rider Mengadu Tak Sempat Makan, Fazley Yaakob Belanja ‘Dinner’
Bertugas sebagai penghantar makanan bukan mudah, kebanyakkan mereka tiada masa untuk menjamu selera kerana kesibukkan mengejar masa.
Prihatin dengan nasib beberapa penghantar makanan atau rider, selebriti Chef Datuk Fazley Yaakob bermurah hati menyumbangkan makanan untuk mereka.
“Pada minggu lalu saya terserempak dengan sorang rider, dia cakap nak makan pun tak sempat, rushing nak pastikan customer dapat order.
“Sampaikan dia cakap “Bila hantar Mcd tu pun, bau fries dan burger buat saya makin lapar, tapi kena sabar sampai ada waktu untuk makan” dan ada ketikanya riders pulak yang message dalam apps cakap “Minta maaf bang, food lambat siap!”.
“Sebenarnya semua rider berusaha bersungguh-sungguh untuk jalankan tugas demi customer,” katanya.
Fazely berkongsi luahan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, beliau memuat naik foto paparan skrin yang menunjukkan perbualannya dengan seorang rider.
Dalam perbualan itu, Fazely memberitahu telah meminta rider tersebut mengambil makanan yang ditempah serta turut mengagihkan kepada rakan-rakan sekerja lain.
Rider tersebut terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pelantun lagu Asmara Ini itu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Fazely yang prihatin.
Must-Watch Video