Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Rider Pulang Balik Kasut Curi, Haris Alif; "Kita Orang Islam Kan... Dia Pun Ada Anak Bini"

Izwan Isa
10/11/2022 00:50 MYT

Malang tidak berbau. Mungkin itu yang berlaku terhadap pelakon Harris Alif yang kehilangan kasut selepas dicuri oleh penghantar barang.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagram, Harris mendedahkan wajah serta nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh lelaki berkenaan.

“Code red. Siapa yang kenal mamat Lalamove ni, Shafiq Azwan Bin A. Kahar, plate motor VEV9471 tolong bagitau saya. Dia dah curi barang dekat luar rumah saya,” tulis Harris.



Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut menyelar tindakan lelaki berkenaan yang dianggap berani melakukan perbuatan tidak elok ketika sedang mencari rezeki.

“Adoi… Elok-elok cari rezeki, buat masalah. Mencuri ni satu tabiat dan perbuatan yang memalukan. Bila dah kantoi gini lagi malu.

“Subhanallah..... Baguslah buat report begini. Nak ajar tentang adab. Elakkan tabiat macam ni berlaku lagi. Moga dipermudahkan.”

“Mana-mana rumah sekarang ada CCTV dan mana-mana kereta ada dashcam… Malu family muka awak tu kena viral."

Sementara itu, penyanyi Ariff Bahran turut meninggalkan komen pada perkongsian Harris itu.

“Kasi tangkap bro panasnya hati,” katanya ringkas.

Tidak berapa lama kemudian, Harris memberitahu yang rider berkenaan telah pun memulangkan semula kasut yang dicuri dan membuat permohonan maaf kepadanya.

“Bagi mereka yang suruh saya ambil tindakan, buat report polis semua… bagi saya dah cukup kuat kuasa viral ni. Saya dah dapat balik semua barang saya, dia dah pulangkan.

“Saya tanya dia ada anak bini apa semua… benda tu… kita orang Islam kan, kita ada hati perut juga, kita pun fikir anak bini dia, harap jangan ulang benda yang sama lagilah, itu je,” ujar Aliff menerusi Instagram Story.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Curi #Kasut #Harris Alif #Lalamove