Ridzokumura Sebak Lihat Anak Dah Pandai Berdikari, Dalami Ilmu Agama - “Sky Kata Kalau Tinggal Solat Rugi, Dia Tak Dapat Doa Untuk Arwah Mummy”
Pempengaruh dan usahawan Ridzokumura mendedahkan anaknya, Sky Taizo Okumura, 13, kini sudah boleh menguruskan dirinya sendiri.
Sky mahu perbaiki diri
Ridzokumura atau Ridzuan Okumura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ridzokumura, setakat ini Sky berusaha memperbaiki dirinya termasuklah dari segi solar, mengaji dan mendalami ilmu agama.
“Setiap hari Sky mendoakan untuk mummynya yang tersayang. Ya Allah Sky anak kesayangan mummy nya. Sebelum ini setiap inci mummy yang menguruskannya.
Terdahulu, Akiko, warga Jepun berusia 50-an sebelum ini dilapor maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.
Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Ridzuan dan arwah Akiko mendirikan rumah tangga sejak 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, 13.