Riena Diana Anggap Isu Orang Ketiga Perkara Biasa - “Belum Kahwin Pun Dah Banyak…”
Asyikin Mayudin
13/03/2024 04:55 MYT
13/03/2024 04:55 MYT
Industri seni kini sedang kecoh dengan isu rumah tangga Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada Sabtu lalu.
BERITA TRENDING: “Sedikit Sebanyak Saya Rasa Trauma Nak Kahwin” - Ruhainies
Pelakon Riena Diana berpendapat isu melibatkan orang ketiga ini sudah lama diperkatakan dan ia menjadi topik hangat disebabkan tersebar di media sosial.
“Bagi Riena sebenarnya, isu tentang orang ketiga ini dari dulu lagi dah ada. Cuma adanya media sosial, menjadikan benda itu berleluasa dan beri ruang kepada orang untuk tahu.
“Bagi saya, benda ini normal. Mungkin ada orang ketiga, keempat… jadi, macam mana kita atasi benda ini. Kadang-kadang tak perlu kahwin, belum kahwin pun dah banyak orang ketiga.
“Benda ini biasa… mungkin ada orang viral, dan mungkin ada yang tak viralkan,” kata Riena menerusi video yang tular di TikTok.
Dalam pada itu, Riena sempat membuat lawak dengan mengatakan ramai saja orang yang merampas pasangan orang lain.
“Ala macam tak biasa pula korang ambil girlfriend, boyfriend orang. Eh yang girlfriend korang itu pun girlfriend orang juga korang ambil kan. Dah tahu dah,” ujar Riena secara berseloroh.