Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Riena Diana ‘Tutup’ Permohonan Untuk Jadi Kekasih - “Berhenti Tanya Saya Dah Berbaik Atau Bergaduh Ke Sebab…”

Asyikin Mayudin
13/08/2023 12:55 MYT
Pelakon Riena Diana menegaskan dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dan gembira dengan kehidupannya buat masa kini.

Riena menerusi laman Instastory miliknya turut memohon agar semua orang berhenti bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Nik Syafiq.

“Tidak lagi nak bertolak ansur dengan apa-apa dan saya gembira dengan diri saya sendiri buat masa sekarang. Untuk sekarang ini, ya saya single, tak terikat dengan sesiapa pun.

“Jadi, tolong berhenti tanya saya dah berbaik ke atau bergaduh ke sebab dah tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. Jadi tak ada apa nak dicakapkan lagi dah.

“Apa-apa pun, sebuah perhubungan bukan segalanya. Perkahwinan bukan segala-galanya. Ada bahagian yang lebih besar dalam hidup yang lagi penting dari semua tu.

“Jadi tolong la, ada banyak lagi yang perlu saya capai dalam hidup… bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja,” jelasnya.

Pada perkongsian lain di Instastory, Riena turut menjawab soalan daripada netizen yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.

“Maaf permohonan masih belum dibuka. Buat masa sekarang nak perbetulkan diri saya dulu sebab saya bukan baik sangat pun. Jadi lebih baik fokus kat diri dulu baru orang lain,” ujarnya lagi.

Pada penghujung Disember tahun lalu, Riena dikatakan sudah berpisah dengan Nik Syafiq namun hubungan mereka kembali berpaut sebulan selepas itu.

BACA SINI: Isu Babak Ranjang, Riena Diana Terima Mesej Lucah - “Takkan La Saya Nak Malukan Ibu Bapa Dengan Buat Benda Macam itu!”

BACA SINI: Putus Cinta! Riena Diana Kembali Solo - "Tak Ada Gaduh-Gaduh, Puncanya ..."


#Riena Diana #Riena #Nik Syafiq #Riena kekasih
;