Hiburan

Riezman Khuzaimi Lega Pelaku Pecah Amanah Didakwa

gempak
Umirah Halim
14/06/2024
09:02 MYT
Sponsor Banner
Riezman Khuzaimi Lega Pelaku Pecah Amanah Didakwa
Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd, Riezman Khuzaimi, mengakui trauma dengan kejadian pecah amanah yang berlaku kepada Konsert Goyang Asia Koplo Milenia.
Riezman berkata dia terpaksa membawa kes itu ke muka pengadilan supaya kejadian serupa tidak menimpa orang lain selain ingin membersihkan namanya.

“Saya tak sangka pertama kali buat konsert tapi sudah ditipu...

Riezman juga berkata ini adalah cabaran paling hebat sepanjang hampir tiga dekad dalam industri.
“Saya tak sangka pertama kali buat konsert tapi sudah ditipu, kalau dihitung jumlah kerugian yang terpaksa kami tanggung mencecah RM1 juta.
“Saya berasa lega kerana perkara ini akhirnya di bawa ke muka pengadilan selepas hampir setahun kes ini berjalan,” katanya ketika ditemui.

Berjumpa Dengan Tertuduh

Menurut Riezman lagi, dia ada berjumpa dengan tertuduh untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi tertuduh minta dibawa ke muka pengadilan.
Sementara itu, Riezman juga kejadian yang berlaku juga mencemarkan nama baik dan hubungannya bersama rakan kongsi.
“Memang kejadian ini amat menganggu emosi saya. Walaupun kami alami kerugian yang besar, kita teruskan juga konsert demi menjaga imej dan nama syarikat.
“Kami tak nak orang hilang kepercayaan terutamanya artis yang diundang. Orang di luar tuduh saya dalang menyebabkan konsert banyak kali tertangguh.
“Kejadian itu juga menyebabkan hubungan dengan rakan kongsi jadi dingin, jadi saya harap dengan bawa kes ini ke muka pengadilan dapat bersihkan kembali nama saya,” katanya lagi.

BERITA TRENDING:Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

Riezman juga mengakui ketiadaan pengalaman menganjurkan konsert sehingga terpaksa mengupah perunding hanya membawa padah kepada mereka.

BERITA TRENDING: Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

“Saya dan rakan kongsi dua-dua tiada pengalaman buat konsert, asalnya kami nak buat filem tapi tukar fikiran.
“Jadi kami upah tertuduh untuk uruskan semuanya, tapi tak sangka orang yang kami kenal sanggup tipu kami sehinggakan bayaran untuk permit konsert pun tidak dibuat,” katanya.
Terdahulu pempengaruh TikTok yang juga perunding pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM237,370 berhubung penganjuran konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu.

BERITA TRENDING:Zubir Khan Kerap Terima Soalan Fasal Tangan, Anggap Netizen ‘Tak Perasan’ - “Takkan Nak Sampai Bahu Orang Baru Nak Tahu…”

Tertuduh Rabiatul Addawiyah Izzaddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azrul Darus.

BERITA TRENDING:Enggan Bersalaman Dengan Aliff Aziz Buat Kali Terakhir, Bella Astillah Jawab - “Biarlah Masa Menjawab Segalanya”

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula.
Pada Julai tahun lalu, media melaporkan pelakon Riezman membuat laporan polis terhadap perunding yang dilantik mengendalikan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia atas dakwaan menipu membabitkan kerugian mencecah RM300,000.
Berikutan masalah dicetuskan, penganjur terpaksa menganjakkan tarikh serta menukar lokasi konsert selain meneruskan kerja yang tidak dilunaskan pihak terbabit hingga meningkatkan kos asal.
Laporan dibuat di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun lalu selepas menyedari banyak kepincangan terutama membabitkan bayaran tempahan lokasi konsert serta permohonan permit kemasukan penyanyi Indonesia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024