Rihanna Berhasrat Untuk Hamil

Amri Hassan
Julai 17, 2018 10:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, tular kisah percintaan di antara penyanyi terkenal Hollywood, Rihanna dan seorang jutawan dari Arab Saudi, Hassan Jameel.
Terbaru, Rihanna telah menyatakan hasratnya untuk memiliki anak dan kenyataannya itu telah membuatkan peminat tertanya-tanya tentang tahap serius hubungan mereka berdua.
Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut tidak mahu tergesa-gesa dalam soal itu dan masih menunggu masa yang sesuai.
Menurut sumber, Rihanna dan Hassan sering meluangkan masa bersama dan saling mencintai antara satu sama lain namun, mereka sangat mengutamakan privasi hubungan mereka.
Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org
#Rihanna #Hassan Jameel