Penyanyi popular Rihanna dikatakan cemburu dengan hubungan rapat bekas kekasihnya, Drake dan penyanyi rap Nicki Minaj.

Menurut laporan Daily Mail, Rihanna masih menyimpan perasaan terhadap Drake selepas mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun lalu.

"Rihanna masih berharap untuk kembali semula dengan Drake dan mengakui masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya itu.

"Segalanya berubah apabila Rihanna melihat Drake bersama Nicky dan hatinya hancur apabila mengetahui mengenai hubungan mereka.

"Nampaknya musnahlah harapan Rihanna untuk bersama semula dengan Drake dan dia sukar untuk menerima kenyataan itu.

"Malah, Rihanna menjelaskan mereka patut mengumumkan mengenai hubungan mereka kepada umum," kata sumber.

Terdahulu, Rihanna dan Drake mula bercinta sejak tahun 2014 namun telah berpisah pada Disember tahun lalu.

Sumber: Daily Mail