Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rihanna Cetus Kemarahan India, Kangana Ranaut Hamun; "Diamlah Bodoh!"

Amri Hassan
05/02/2021 01:55 MYT
Pelakon Kangana Ranaut tampil membidas kenyataan penyanyi antarabangsa Rihanna yang memberikan sokongan kepada penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan petani di India.

Tulis Rihanna; "Kenapa kita tidak membicarakan akan hal ini? #FarmersProtest."

Kata Kangana, dia menyifatkan tindakan Rihanna itu sebagai sesuatu yang bodoh dengan menciap isu tanpa usul periksa.

"Tiada siapa yang membicarakannya kerana mereka bukan petani, mereka pengganas yang berusaha untuk memecahbelahkan India sehingga China dapat mengambil negara kami dan menjadikan tanah jajahan mereka seperti Amerika Syarikat.

"Diam sajalah bodoh, kami tidak menjual bangsa kami seperti kamu yang tolol," tulis Kangana membalas kenyataan Rihanna.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tambah Kangana, tindakan Rihanna itu seolah-olah sengaja diada-adakan memandangkan isu tersebut di luar skop pemikirannya.

"Dia penyanyi seperti Sunidhi Chauhan atau Neha Kakkar, apa yang istimewanya mengenai mereka? Dia hanya menggoyangkan pinggul dan mendedahkan anggota badan di hadapan kamera ketika menyanyi. Itu saja.

"Rihanna tidak mengeluarkan sebarang lagu sejak lima tahun lalu, menjual alat solek, Forbes menilaikan hartanya, semua itu sekadar gimik.

"Kalau perasan pun dia tak pernah menulis ciapan mengenai sebarang pandangan tentang isu kecuali perkara yang dia sendiri tidak pasti," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, Kementerian Luar India berkata, selebriti tersebut tidak perlu campur tangan dalam hal dalaman India dan memerlukan pemahaman jelas mengenai isu berkenaan.
#Hollywood #Bollywood #Rihanna #India #Kangana Ranaut #Petani #Protest