Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India
Maliah Surip
04/03/2024 14:50 MYT
04/03/2024 14:50 MYT
Majlis pra perkahwinan anak kepada individu ke-11 terkaya di dunia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani dan Radhika Merchant menjadi perhatian kerana kemewahan luar biasanya.
Tetamu tersebut adalah Rihanna. Rihanna diundang mengadakan persembahan pada majlis pra perkahwinan tersebut yang disifatkan sebagai sangat meriah sehingga menjadi tular di media sosial.
Persembahan tersebut menjadi yang perdana kali dilakukan Rihanna di India dan pertama selepas lapan tahun tidak membuat konsert besar.
India Today melaporkan Rihanna menerima sehingga RM38 juta untuk muncul menghiburkan tetamu di majlis pra perkahwinan tersebut.
Rihanna yang membuat persembahan tanpa memakai kasut dan menggenakan gaun hijau telah menyampaikan sekitar 19 lagu termasuk hitnya, Diamonds, Rude Boy, Umbrella, Work, Woo dan Run This Town.
BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg…
Diadakan selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Mac di Jamnagar, acara yang dihadiri para pesohor dunia termasuk barisan selebriti Bollywood itu menerima ‘tetamu istimewa’ yang hadir membuat persembahan.Tetamu tersebut adalah Rihanna. Rihanna diundang mengadakan persembahan pada majlis pra perkahwinan tersebut yang disifatkan sebagai sangat meriah sehingga menjadi tular di media sosial.