Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rihanna Hamil Anak Ke-2, Payung Baby Bump Di Acara Super Bowl 2023

Shahrin Zulkifle
13/02/2023 04:37 MYT

Penyanyi popular antarabangsa Rihanna dikhabarkan sedang hamil anak kedua.

Hal tersebut dihidu orang ramai selepas penyanyi tersebut muncul di acara Super Bowl Halftime Show 2023 baru-baru ini.

Pada acara tersebut, Rihanna telah membuka pentas persembahan dengan lagu Bitch Better Have My Money sambil mengenakan jumpsuit dan jaket serba merah.

Namun, ketika sedang menghiburkan penonton, Rihanna dilihat membuka sedikit bahagian depan bajunya lalu mengusap perutnya yang membuncit itu.

Apa yang menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila Rihanna dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa penampilannya bersama penari yang lain.

Sementara itu, menerusi muat naik di akaun Twitter @PopBase, akaun tersebut berkongsi beberapa foto Rihanna dengan keadaan perut yang buncit beserta kapsyen mengatakan penyanyi itu benar-benar hamil.

“Rihanna hamil anak kedua,” tulisnya pada kapsyen selepas memetik MCN Portal.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya melahirkan rasa teruja selain menyampaikan ucapan tahniah kepada penyanyi itu di atas berita gembira tersebut.

Terdahulu, Rihanna telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022.

Rihanna dan pasangannya iaitu A$AP Rocky mengesahkan hubungan cinta mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan.

#Hamil #Mengandung #Rihanna #Super Bowl