Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

Rihanna Hamil Lagi, Pamer Babybump Di Met Gala 2025

Maliah Surip 06/05/2025 | 03:55 MYT
Rihanna mengejutkan peminat dengan khabar baik tentang perkembangan dirinya melalui cara tersendiri di karpet merah Met Gala 2025.
Pasangan rapper A$AP Rocky dengan tenang mendedahkan dirinya hamil anak ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas melahirkan anak pertama dan kedua.
Penyanyi itu hanya perlu memakai busana yang menampakkan perutnya sudah membesar sekaligus mengesahkan sedang hamil lagi. Dia memakai baju berwarna biru cair yang dipadan bersama skirt dan boots.
Ironi, pasangan tersebut baru mendapat anak kedua yang diberi nama Riot, 21 bulan lalu. Mereka juga memiliki seorang lagi anak iaitu RZA, 2.
Mereka yang bercinta pada 2019 selepas menjadi sahabat beberapa lama memang mempunyai impian untuk memiliki keluarga besar.
“Kami adalah sahabat baik dengan mempunyai anak,” katanya Rihanna dalam temu bual bersama British Vogue pada tahun 2023.
Dia menyambung: “Semuanya berubah apabila kami memiliki anak tapi saya boleh katakan perubahan ini membuat kami lebih rapat.”
#Hamil #Rihanna #Met Gala 2025