Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa membuat kejutan apabila bersama-sama menyanyi dengan sebuah kumpulan buskers di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Rakaman momen indah berkenaan dimuat naik di YouTube Mind Order Management, Sabtu lalu.

Malah, tidak sampai tiga hari di YouTube, video berkenaan telah menerima hampir 40,000 tontonan.

Menerusi video tersebut, Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim, 48 pada awalnya hanya mendekati buskers tersebut untuk melihat persembahan kumpulan itu.



Walaubagaimanapun, kehadiran Sham telah mencetuskan keterujaan terhadap vokalis kumpulan tersebut yang rupanya telah lama meminati Sham.

"Abang Sham, kejap saya nak nyanyi lagu abang. Saya tak kira," kata vokalis itu.

Vokalis tersebut kemudian menyanyikan lagu Untukmu Selamanya sebelum kemudiannya disambung oleh penyanyi asalnya sendiri, Sham.

Anda boleh lihat rakaman penuh momen tersebut di bawah.