Penyanyi cantik Raisa muncul dengan single terkininya, Tak Berharap Lagi.

Ada banyak fakta yang menarik mengenai lagu tersebut.

BERITA TRENDING: Raisa Nafi Sombong, Dedah Masalah Sebenar Yang Dihidapi Sejak Kecil

Selain merupakan karya ciptaan bersama Raisa dan Andmesh Kamaleng, Tak Berharap Lagi juga menyaksikan kolaborasi pertama wanita berusia 33 tahun tersebut dengan grup S/eek sebagai penerbit.

Malah hal yang menarik perhatian juga adalah pelakon Merqeen yang muncul dalam video klip lagu tersebut.

Menurut Raisa, ini merupakan kolaborasi pertama dia bersama bintang Malaysia untuk video klip yang sebelumnya diwarnai oleh kehadiran selebriti Indonesia.

BERITA TRENDING: Lagu Kegemaran Raisa Di Bangku Sekolah Dirakam Balik Bersama Ahmad Dhani - "Saya Sangat Gembira!"

Bercakap mengenai pemilihan Merqeen, Raisa mengaku dia sendiri yang melamar pelakon tersebut selepas bertemu dalam sebuah majlis di Jepun.

“Kami bertemu di acara untuk sebuah jenama di Jepun. Sempat berbual santai sepanjang acara dan selepas pulang dari Jepun, saya fikir siapa yang bakal menjayakan video klip lagu terbaru ini.

“Saya pernah bekerjasama dengan ramai artis di Indonesia dan banyak nama yang saya sudah penuhi. Justeru, untuk kali ini mengapa tidak saya undang Meerqeen.

“Saya mesej dia secara peribadi dan dari situ, disusuli perbincangan lanjut antara pengurusan saya dan Meerqeen.

“Boleh dikatakan semuanya berlaku dengan pantas dan Meerqeen perlu terbang ke Bali untuk penggambaran. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penggambaran juga cepat. Dalam separuh hari semuanya selesai,” ujar Raisa.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] “Saya Ingin Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza, Vokalnya Sempurna” - Raisa

Bercerita lebih lanjut tentang Tak Berharap Lagi, Raisa berharap lagu tersebut akan menjadi satu lagi karya galau darinya yang akan digemari.

“Saya yakin lagu ini akan menjadi sebuah lagi lagu pop klasik galau Indonesia pilihan ramai, apatah lagi jalan ceritanya juga dekat dengan pengalaman yang pernah dilalui banyak orang.

"Saya berharap lagu baharu yang digarap bersama Andmesh ini dapat membawa nostalgia, sekali gus bertahan sebagai karya malar segar," kata Raisa.