Hiburan
“Rimask ke Rimas?” - Kreatifnya Pek Pembungkusan Topeng Mulut & Hidung Rizalman Ibrahim!
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila bakal mengeluarkan topeng mulut dan hidung yang dikenali sebagai Rimask.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik foto rekaan topeng mulut dan hidung tersebut untuk tatapan umum.
“Segak na, akan datang,” tulis Rizalman ringkas sebagai kapsyen foto.
Menerusi perkongsian Rimask tersebut, pek pembungkusannya yang seperti plastik ubat klinik sangat mencuit hati wargamaya.
Malah, rekaan Rimask tersebut kelihatan eksklusif dengan tertera nama Rizalman dalam tulisan jawi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang tidak sabar mahu memiliki topeng mulut dan hidung Rimask walaupun masih belum dilancarkan lagi.
“Segaknya datuk, nak beli la,” komen seorang wargamaya.
“Wow, pek dia macam bekas ubat, another level. Menarik!” puji seorang wargamaya.
“Dia keluarkan produk baru pulak,” kata seorang wargamaya.
“Kami dah rimas ni tak sabar nak beli, nak pakai raya,” usik seorang wargamaya lagi.
Selain topeng muka dan hidung, Rizalman sebelum ini pernah mengeluarkan barangan seperti beg tangan, tudung dan ubat suplemen kesihatan.