Rina Harun Tampil Langsing & Makin Jelita, Terima Pujian Netizen - “Serius, Barulah Cantik Nak Letak Dalam Kad Raya”

Azwa Rahman
Februari 9, 2021 03:27 MYT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mencuri perhatian wargamaya apabila kini tampil langsing dan cantik bergaya.
Menerusi laman sosial Twitter, dua keping foto terkini Rina Harun tular dan mendapat pujian ramai.

SEMENTARA itu perubahan fizikal Rina Harun Titiwangsa dalam tempoh 2 tahun pic.twitter.com/aT5Nrtop9I

— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) February 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, sekeping foto terdahulu dan terkini Ahli Parlimen Titiwangsa itu menunjukkan perubahan yang drastik selama tempoh dua tahun.
Meninjau ke laman Twitter, rata-rata wargamaya terkejut dan teruja melihat perubahan menteri yang berusia 47 tahun itu.
“Cantik pulak tengok Rina Harun ni dah slim. Automatik nampak muda,” puji seorang wargamaya.
“Fuhh Rina Harun meletops. Berapa agaknya bayar personal trainer dia ye?” tanya seorang wargamaya.
“Haaa.. Baru la cantik nak letak dalam kad raya, kad tahniah, kad terima kasih, beras, tepung, minyak, air mineral dan sebagainya,” usik seorang wargamaya.
“Rina Harun ni antara orang yang buktikan selain daripada ada duit, umur hanyalah nombor untuk kita glow up. So, kalau kita masih kentang sekarang, jangan risau, mungkin kita akan glow up bila dah tua nanti” tulis seorang wargamaya.
“Rina Harun tu memang dah lose weight lama dah la. Tapi kalini power punya lose weight cantik bethol,” sokong seorang wargamaya.
“Hahahahaha dunia memang dah nak kiamat. Rina Harun pon dah lawa saing-saing YB Rara. Kalau tengok gambar before dia, macam tak percaya,” kata seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, pada Januari lalu Rina disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
#wanita #Menteri #Rina Harun