Cukup ker tisu sekotak nak layan lapan lagi episod tambahan Rindu Awak Separuh Nyawa ni?

Bagi yang terlepas episod 40 malam tadi, ramai yang melayangkan ciapan bermandikan air mata gara-gara babak emosi yang bertalu-talu.

Ibaratnya penulis novel ini, Siti Rosmizah tidak membenarkan penonton puas dan tidur lena dengan kisah Maisara dan Nazril.

Ya, malam tadi menyaksikan klimaks pergolakan hidup Maisara dan Nazril hingga Maisara meninggalkan rumah untuk ke rumah Kak Muna selepas menjadi mangsa fitnah Nurul Huda.

Nasib tidak baik apabila rumah Kak Muna terbakar dan Maisara menerjah masuk untuk menyelamatkan mangsa dalam rumah itu.

Memetik ciapan yang tular di media sosial, ramai yang menjangkakan plot Rindu Awak Separuh Nyawa akan menjadi lebih tragis dan sarat emosi apabila disambung lagi sebanyak lapan episod hingga 14 Jun nanti.

"Kalau nak tahu semalam baru je start tak sampai 2 minit air mata aku dah berderai. Habis satu kotak tisu kat rumah," tulis seorang pengguna.



"Sediakan tisu untuk next week dan bersedia untuk maki Nurul Huda!

"Tapi masalahnya 8 episod lagi guys. Sediakanlah tisu bebanyak tengok scene buat hati macam roller coaster nanti.

"Argh tisu dah habis dah ni, kena beli lagi.





"Tadi part last dia tunjuk episod akan datang lagi buat aku nangis teruk. Sumpah Sara better dengan Aidil," demikian antara komen pengguna di media sosial yang semakin resah dengan penambahan lapan episod Rindu Awak Separuh Nyawa.

Memang patutlah tisu menjadi topik trending di media sosial selepas episod ke-40 Rindu Awak Separuh Nyawa malam tadi.

Agaknya apakah yang akan terjadi kepada Nazril dan Nurul Huda selepas ini? Meroyankah? Berpisahkah?

Sama-sama kita nantikan episod seterusnya Rindu Awak Separuh Nyawa pada minggu ini hingga episod akhir 14 Jun nanti.

Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.