Pandemik COVID 19 ternyata tidak mematikan langkah Baby Shima dalam dunia hiburan.

Penyanyi yang juga sangat aktif di Indonesia ini memberi khabar baik buat peminatnya.

Diam diam, Baby Shima akan mengadakan konsert mini secara virtual melalui platform streaming popular, Bigo Live.

Konsert mini dengan nama Baby Shima Mini Concert ini akan berlangsung sebentar lagi iaitu bermula pukul 9.30 malam.



"Saya suka dengan cara Bigo Live mengadakan event kerana selalu memberi cara interaktif yang mengujakan bersama peminat.

"Dengan kekangan akibat pandemik yang berlaku sekarang termasuk tidak boleh keluar negara, melakukan mini konsert pada malam ini adalah sebuah kesempatan yang sangat bermakna buat saya.

"Malam ini saya boleh 'bertemu' dengan para peminat yang berada bukan hanya di Malaysia.

"Paling mengujakan juga ini merupakan pertama kali saya melakukan konsert mini di Bigo Live dan tak sabar untuk bergembira dengan peminat nanti," ujar Baby Shima yang menjadi artis nauangan syarikat rakaman Indonesia, Nagaswara.

Untuk terbabit menjadi salah seorang penonton konser mini ini, peminat hanya perlu download aplikasi Bigo Live dan ikut Baby Shima dengan penggunaan ID @babyshimaofficial).

Lebih menarik, tiga pemenang terpilih akan dapat melakukan panggilan video peribadi bersama pemilik asal Ashima Ramli ini yang dijadual berlangsung pada 22 Februari 2021 pukul 9.30 malam waktu tempatan.

Baby Shima menjadi artis terkini yang menjadi pilihan Bigo Live menghiburkan peminatnya selepas bintang kelahiran Jepun Ryo Nishikido dan Jin Akanishi serta deejay M4Sonic dari Australia antara yang pernah terbabit dalam aktiviti seperti ini.

Peserta D’Academy Asia musim 3 yang berusia 28 tahun ini baru muncul dengan single berjudul Masih Ting Ting.

Okay guys jangan lepaskan peluang menonton Konsert Mini Baby Shima sebentar lagi ya!